Tahniah Ir. NIzar : Hari ini cabaran dakwah Islamiyyah makin hebat


Alhamdulillah, syukur kepada Allah Ta'ala atas kurniaan yang tidak terhingga. Keputusan mahkamah hari ini satu pemberiaan yang wajib disyukuri oleh setiap warga Perak, rakyat Malaysia dan pendokong gerakan Islam.

Mungkin satu keputusan yang tidak diduga. Kerana ramai yang sudah tidak percaya dengan sistem kehakiman di negara kita. Namun tahniah kepada Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim yang telah berjaya mengikis sedikit sebanyak persepsi negatif tersebut.

Ini hanya titik mula perkembangan politik Perak yang sudah mula menerima pentadbiran daripada bukan pentadbiran BN. Tidak berapa lama lagi kita akan berhadapan dengan pembubaran DUN Perak sekiranya diperkenankan oleh sultan.

Rakyat menilai apa yang berlaku. Pilihanraya umum bagi negeri Perak yang bakal berlangsung belum tentu akan memberikan kemenagan kepada pakatan Rakyat. Proses penerangan harus diperhebat.

Justeru itu, perlu diingatkan kepada semua pendokong dan penyokong gerakkan Islam, bergembira dengan keputusan hari ini tidaklah salah. Tapi ingatlah dihadapan kita masih terbentang cabaran yang besar untuk ummah.

Cabaran untuk mengekalkan kemenangan di Perak. Cabaran untuk mempertahankan kemenagan selepas itu (sekiranya dikurniakan kemenagan oleh Allah) dan yang paling besar sekali ialah cabaran untuk menyebarkan kefahaman Islam kepada setiap muslimin dan non muslim.

Politik hanyalah sebagai wasilah dalam penyampai dakawah Islamiyyah. Tanpanya dakwah tetap diteruskan, namun dengan pemberian kuasa oleh Allah SWT ianya menjadi pelengkap dan pelincir kepada usaha memudahkan risalah Islam itu sampai. Sama ada melalui penggunaan kuasa secara optimum dan berhikmah, atau penegakkan undang-undang Islam dalam negara.

Pembinaan kefahaman, akhlak dan pembetukan syaksiah muslim yang sejati adalah cabaran dakwah yang besar.

Oleh itu mari sama-sama kita mengukuhkan saf, berjuang bukan sahaja di musim pilihanraya.

Salam perjuangan.

No comments

Powered by Blogger.