Apabila Pengkhianat Rakyat Menyuruh Menghormati Undang2.

Sambil meminta seluruh rakyat menginsafi nikmat kemakmuran 52 tahun kemerdekaan, Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia sebenarnya bertuah kerana mendiami sebuah negara yang ditadbir dengan begitu baik dan berkesan.

Justeru, beliau berharap makna lebih luas patriotisme itu akan meninggalkan kesan mendalam pada jiwa setiap warganegara dalam menyambut Hari Kemerdekaan kali ini.

''Pengertian patriotisme bukan sekadar melahirkan kecintaan dan kesetiaan kental kepada negara tetapi juga menjadi warganegara yang sentiasa berperangai baik, bekerja bersungguh-sungguh serta menjaga keharmonian dan mengamalkan nilai-nilai murni.

''(Hakikatnya) tiada negara lain, mungkin ada negara lain yang merdeka tetapi jika kita rangkum segala-galanya, pada keseluruhannya tiada bumi yang lebih baik daripada Malaysia," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang Hari Kemerdekaan ke-52 di Kompleks Sukan Air di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet lain.

Pada majlis berkenaan, Najib turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil pelbagai sektor termasuk kerajaan, swasta, korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan bertekad mahu memastikan kemakmuran terus dipertahankan manakala hala tuju masa depan negara diteruskan mengikut konsep 1Malaysia.


uwekkkkkkkkkkkkkkkk.... yang dok jual tanah orang melayu tu sapa erk? sapa yang dok bagi projek kat bangsa lain di malaysia sampai habis tanah orang melayu? ni pemimpin haprakumno la. bukan lidah bercabang tapi biawak hidup ni. bergegar2 tuduh orang pengkhianat. kahkahkahkahkahkah. rakyat dah muak dengan umno!

No comments

Powered by Blogger.