217 terima kurniaan Diraja Kelantan

KUALA KRAI - Seramai 217 penduduk daerah ini telah menerima pengurniaan Di-raja Kelantan yang disampaikan Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muham-mad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail Petra di Dewan Seko-lah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra, sema-lam.

Pegawai Daerah Kuala Krai, Adnan Husin berkata, beliau amat berbesar hati kerana tengku Temenggong telah sudi mencemar duli ke majlis itu untuk menyampaikan kurniaan kepada hamba rakyat yang memerlukan bagi kategori yang disediakan.

Menurutnya, ia meliputi pengurniaan geran hak milik tanah, bantuan zakat wang tunai untuk orang miskin dan ibu tunggal, bantuan untuk pelajar miskin, bantuan untuk pelajar cemerlang, zakat basikal, bantuan input pertanian, bantuan lembu pawah, bantuan tabung berdikari rakyat Kelantan dan bantuan kerusi roda.

“Kami hamba rakyat merasa amat bertuah di atas keberangkatan Tengku Te-menggong Kelantan yang telah sudi mencemar duli ke majlis hari ini.

“Pada majlis ini telah disediakan beberapa kategori khusus untuk mereka yang memerlukan di bawah beberapa agensi termasuk Jaba-tan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Islam Kelan-tan (YIK), Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Kelantan (Maik) dan sebagainya,” katanya ketika majlis berkenaan, semalam.

Beliau berkata, selain itu penghargaan yang sama juga diberikan kepada penduduk dan pemimpin tempatan yang telah banyak menghulurkan sumbangan kepada Tabung Kebajikan Jajahan Kuala Krai dalam membantu rakyat di jajahan itu.

“Penghargaan juga diberikan kepada Rakan Kebajikan Jajahan yang telah banyak membantu dana Tabung Kebajikan Jajahan dan kita harap pada masa depan lebih ramai yang tampil membantu Tabung Jajahan.

“Sumbangan yang disam-paikan hari ini diharap dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan dan membantu mengu-kuhkan ekonomi penduduk tempatan,” katanya.

Selain itu, katanya, program yang bermula sekitar jam 9 pagi itu dimulakan dengan pelbagai jenis pameran sejarah, kesihatan dan ceramah kekeluargaan yang disampaikan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Ke-lantan, Tuan Anuar Tuan Mat.

No comments

Powered by Blogger.