Bazar Ramadan Jadi Tumpuan Orang Ramai Dapatkan Juadah Berbuka Puasa

SHAH ALAM, 24 Ogos - Menjelang sahaja Ramadan, pasti Bazar Ramadan menjadi tumpuan utama orang ramai tidak kira di mana sahaja.

Orang ramai berpusu-pusu mengunjungi Bazar Ramadan untuk mendapatkan juadah untuk berbuka puasa.

Tinjauan TvSelangor di Bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam membuktikan bahawa bazar memang mendapat sambutan yang tinggi.

Pelbagai jenis makanan dan minuman untuk dijadikan juadah berbuka puasa dijual seawal jam 3 petang.

Antara makanan yang dijual meliputi jenis kuih-muih, rojak buah-buahan, pelbagai jenis minuman, makanan berat dan ringan dan bermacam aneka makanan.

Dalam pada itu, gerai ayam golek dan percik Restoran Jaring paling mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung. Mereka terpaksa berbaris untuk membeli ayam percik tersebut.

Seorang pengunjung yang ditemui di gerai itu, Haziman Yaakob, dari Petaling Jaya berkata, gerai itu memang terkenal dengan ayam percik golek dan kunjungannya buat pertama kali di Bazar Ramadan Seksyen 13 itu sangat teruja dengan pelbagai jenis juadah yang dijual.

Harga tidak menjadi masalah pada tahun ini kerana tidak menunjukkan perbezaan ketara.

“Kita memang biasa beli dengan restoran ni, ayam percik putih, memang sedap. Tahun ni harga ayam pecik RM4.50, lebih kurang jelah, takde masalah sangatlah,” katanya.

Sementara itu, masing-masing peniaga yang ditemui mengatakan sambutan pengunjung walaupun baru hari yang kedua, sangat menggalakkan dan harga jualan masih tetap sama.

“Alhamdulilah, ada sambutan dan stok yang dibawa semua habis, jual rojak buah-buahan..harga akak tak naikkan harga, sama daripada tahun lepas, walaupun harga naik, akak tetap stabil harga sebab akak dah ada customer, kata peniaga gerai rojak buah-buahan, Sarian Che Mat.

“Jualan memang baik semalam, ramai orang datang, air memang dapat sambutan,..harga tetap dengan harga kami, walaupun gula naik pun, tetap dapat jual dengan seringgit dan dua ringgit,” kata peniaga gerai minuman Izad Corner, Mohd Rohaizat Mat Kazi.

Tidak ketinggalan juga jualan popiah basah dan goreng di gerai Popiah S.S Ali mendapat sambutan dan tumpuan orang ramai, tambahan mereka menawarkan diskaun kepada pembeli.

Peniaganya, Sirajdin Mohd Sultan berkata, sambutan memang menggalakkan, dan setiap tahun memang ada peningkatan, terutama di bulan Ramadan, dan jualan pada awal puasa lagi memberangsangkan, terdapat peningkatan.

Dalam masa sama, pengunjung dari luar Shah Alam dan kawasan berhampiran turut tertarik untuk mendapatkan juadah di Bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam yang dikenali sebagai Bazar Ramadan terbesar.

“Banyak pilihan, tapi ni pun baru firstime…kebetulan jalan2 dan singgah sini, memang tau banyak pilihan,” kata pengunjung dari Petaling Jaya, Maisarah Abdul Rahman.

“Pilihan dia ok, Nampak ok, tpai taks emua, ada separuh tengok macam sedap, tapi beli tak sedap, tak semua sedap,” kata pengunjung dari TTDI Jaya, Hayati Hamid.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

No comments

Powered by Blogger.