JPA keluar pekeliling larang penjawat awam sertai perhimpunan haram

KUALA LUMPUR 24 Ogos — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling yang melarang penjawat awam melibatkan diri dalam perhimpunan haram atau apa-apa bentuk gerakan yang boleh menganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan negara.

Pekeliling itu yang bertarikh 13 Ogos dan ditandatangani Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam menggariskan bentuk larangan iaitu:

- penglibatan secara aktif di luar waktu bekerja dengan menyertai apa-apa bentuk gerakan atau perhimpunan haram yang dianjurkan oleh mana-mana pihak;

- menggunakan masa pejabat dan meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai gerakan atau perhimpunan haram dan

- menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak dan mesin penyalin, komputer untuk mencetak dan mengedar risalah berkaitan apa-apa gerakan atau perhimpunan haram. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.