Beli Wakil Rakyat Bukan Cara Umno Tubuh Kerajaan

ALOR SETAR, 10 Ogos (Bernama) -- Umno Kedah tidak akan membazirkan wang hanya untuk 'membeli' wakil rakyat daripada parti pakatan bagi menubuhkan kerajaan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah.

Katanya Umno Kedah tidak berminat menubuhkan kerajaan dengan cara sedemikian dan adalah lebih baik wang bagi membeli lima wakil rakyat dibelanjakan untuk faedah rakyat.

"Kalau Umno hendak buat perkara itu (beli), ini bukan masanya," kata Ahmad Bashah kepada pemberita di sini.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, semalam mendakwa wujud beberapa cubaan mengumpan wakil rakyat gabungan PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP melompat parti sejak tahun lepas untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS di Kedah.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, PAS memenangi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri, PKR (lima) dan DAP (satu) manakala BN 14 kerusi.

-- BERNAMA


sah bila ada ayat macam ni mesti dia ada buat.. biase macam ni orang bersalah! bila buat tak mau ngaku!

No comments

Powered by Blogger.