Demonstrasi Budaya Anwar?

Buang Masa ikut perhimpunan

Budaya berhimpun adalah budaya Anwar. Sejak menjadi aktivis pelajar semasa menuntut di universiti malaya, Anwar suka demonstrasi, tunjuk sokongan. Berbagai bentuk demonstrasi Anwar dah lakukan, budaya demostrasi adalah budaya Anwar.

Apa dah jadi dengan umno Johor, terutama Umno Kulai, Batu Pahat dan Sri Gading, kononnya hendak mengadakan perhimpunan esok pada pukul 5 petang, di padang Batu Pahat, semata-mata hanya melaungkan ayat ANWAR PENGKHIANAT BANGSA.

Ketua Umno Bahagian Kulai Datuk Adam dipetik berkata, bahawa perhimpunan tersebut dijangka dihadiri 10 ribu orang, selain memekik ayat untuk Anwar, juga memberi sokongan kepada TS Muhyiddin dalam isu anwar pengkhianat Bangsa.

Batu Pahat dipilih kerana mengingatkan sejarah, bahawa Dato Onn Jaafar pernah membangkit isu kemerdekaan di kawasan tersebut.

Berbaloi kah tindakan hanya berhimpun? Anwar telah lali dengan pembunuhan karakter pribadinya, rakyat tak percaya dengan kaedah tersebut. Tiada cara lain kah membendam pengaruh Anwar, se hingga Umno ikut-ikutan demonstrasi, kerana Anwar suka demonstrasi.

http://musramrakunman.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.