Demonstrasi jejas perpaduan - Hisham

LANGKAWI 13 Ogos - Demonstrasi jalanan bukan sahaja mampu menyebabkan ketegangan di kalangan penduduk setempat, malah berpotensi merosakkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata apa yang berlaku kebelakangan ini amat menyedihkan dan orang ramai sebenarnya sudah muak dan tidak boleh menerima cara seperti itu kerana ia bukan nilai agama dan budaya penduduk negara ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Kursus Gerak Kerja Pergerakan Wanita UMNO Terengganu, di sini hari ini, beliau berkata, rusuhan jalanan merupakan serpihan budaya negatif yang dibawa pihak tertentu yang rakus mengejar kedudukan tanpa mahu melalui proses demokrasi yang betul.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas ketegangan yang berlaku di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang apabila sebuah syarikat pemaju cuba untuk merobohkan 23 unit rumah untuk tujuan pembangunan.

Bagaimanapun, percubaan pekerja pemaju untuk memasuki kawasan itu pada kira-kira pukul 11 pagi dan 1 tengah hari tadi, dihalang oleh penduduk yang berkumpul di Jalan Kaki Bukit iaitu kira-kira 100 meter dari laluan masuk ke kawasan itu sejak awal pagi ini sambil menjerit ke arah pekerja- pekerja berkenaan.

Beliau berkata, apabila ia bercampur aduk dengan isu perkauman serta agama dan pemimpin tidak menanganinya dengan bijaksana, semua golongan rakyat akan menjadi mangsa.

Sehubungan itu katanya, semua pihak perlu ada kerjasama untuk menangani masalah berkenaan dan tidak meletakkan tanggungjawab kepada pihak berkuasa semata-mata.

Hishammuddin berkata, demonstrasi jalanan juga menambahkan beban pihak berkuasa kerana terpaksa mengerah jumlah tenaga yang besar untuk mengawasi kawasan terbabit.

"Kalau ini gayanya, polis kita tiada kerja lain...macam mana nak awasi kejadian jenayah yang lain?

"Orang ramai kena buat pendirian bahawa ini bukan budaya kita...dalam sebuah negara majmuk kalau tak ambil pendirian dan cuba ikut budaya barat seperti ini, saya bimbang cara ini akan merosakkan masyarakat yang baru dibina 52 tahun lalu," katanya. - bernama

komen juri: ayat macam budak sekolah..hujah entah kemana. banyak melalut. patut jadi jaga jer ni dia ni bukan jadi menteri. makan duit haram rakyat banyak. kata kat orang lain padahal umno pun demo jugak. pppppppppppppuuuuiiiahhhhhhhhhhhhh.... geli lubang tekak den!

No comments

Powered by Blogger.