Ulasan Sheikh Tantawi: ‘Nik Aziz jual Islam untuk politik’

MELAKA: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sanggup menghalalkan tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam tanpa memikirkan sentimen orang lain hanya kerana pihak yang menghina adalah rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sambil melahirkan rasa hairan dan takjub dengan sikap Menteri Besar Kelantan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan Nik Aziz itu seperti ‘menjual Islam untuk politik’.

"Kita tahu ia perbuatan yang tidak seharusnya dilakukan sama ada orang Islam atau bukan Islam. (Sebab itu) saya hairan dan takjub bagaimana seorang tokoh agama dan ketua kerajaan negeri boleh kata begitu.

"Kalau orang Islam cerca agama Kristian, kita juga larang. Kita dah lama hidup aman... kita tak mahu mencetuskan suasana huru-hara. Kalau fatwa Nik Aziz ini diguna pakai, boleh rosak satu Malaysia,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MIT), dekat sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan Nik Aziz tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, negara ini aman dan makmur selama hampir 52 tahun merdeka kerana rakyat pelbagai kaum saling menghormati dalam soal agama dan budaya.

"Kalau nak raih sokongan, nak popular, Islam tak boleh kita korbankan. Ini soal maruah dan martabat yang mesti kita pertahankan. Sebab itu, saya kata Pas tak pertahankan agama. Yang pertahankan agama adalah Umno dan BN.

"Saya pemimpin Umno dan BN. Apabila Nik Aziz kata begitu, orang lain ketawa. Itu boleh merosakkan negara. Bagaimana dia boleh ambil sikap sebegitu mudah. Saya fikir setidak-tidaknya dia bagi amaran rakan dia dalam pakatan. Kalau kawan buat salah, kita tegur.

"Bagaimana seorang tokoh agama boleh biarkan orang lain aibkan agama kita dan tidak menghormati kita. Saya fikir sikap beliau itu memalukan kita. Sebab itu, saya minta masyarakat Islam tidak mendengar pemimpin yang cakap tidak serupa bikin,” katanya.


ya sheikh..macam mana dengan orang rasuah?
macam mana dengan orang jual tanah orang dengan cara tipu?
macam mana pemimpin makan duit haram rakyat?
macam mana orang gadai tanah rakyat?
macam mana orang toak agama dalam pentadbiran?
kahkahkahkah.....maaf.. sebenarnya sheikh ni jual ubat kat chow kit jer kahkahkahkahkah.

No comments

Powered by Blogger.