HARI-HARI TERAKHIR BN

Oleh: syaheed

"Sesudah kecundang dalam siri koleksi pilihanraya kecil maka think-tank UMNO telah memikirkan pelbagai cara untuk menjunamkan imej pihak parti pambangkang di mata rakyat.

Pelbagai isu yang berlaku sekarang ini merupakan gambaran kepelbagaian tektik dan dan strategi UMNO/BN untuk melumpuhkan PR. Tidak cukup dengan pelbagai isu yang cuba di "nasionalkan" keburukannya, mereka telah menyerang peribadi tokoh-tokoh parti politik lawan mereka seperti Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz dan terkini DS Anwar.


Mereka sebenarnya telah bangkrap idea dan tindakan. Mereka mengetahui diri mereka sudah berada di penghujung senja yang akan diliputi oleh gelap gelita mimpi ngeri yang akan menghantui diri mereka di segenap kehidupan yang bakal mendatang.

Jika seluruh negara jatuh ke tangan PR, maka tamatlah sudah era membalun hasil mahsul negara untuk kepentingan diri dan kroni. Sebelum ini mereka telah memfaraidkan hasil negara kepada sesama sendiri dalam UMNO dan kepada kepala-kepala parti komponen mereka seperti MCA dan MIC. Maka bagi menjamin kesinambungan sistem faraid hasil mahsul negara ini berkekalan di tangan mereka sudah tentu pelbagai tindakan yang "keras" perlu mereka ambil terhadap sebarang penghalang kepada cita-cita mereka.

Senario terkini menunjukkan rakyat sudah muak dengan selagat meraka dan segala kegiatan"samseng" mereka dalam mambaham harta negara telah bocor satu persatu. Maka persidangan meja bulat golongan pelahap harta negara ini telah memikirkan pelbagai tindakan yang mungkin di luar jangkaan pihak pembangkang sendiri.

Para pemimpin PR perlu meneliti secara halus sepak terajang golongan pengkhianat politik dan harta negara ini kerana pelbagai tindakan matlamat menghalalkan cara akan dipentaskan dalam negara kita pada masa akan datang. Mereka mengetahui hari-hari terakhir mereka sudah tiba. Jadi apa salahnya mereka melawan arus habis-habisan agar hari-hari terakhir itu sekurang-kuarangnya mampu berlalu pergi atau dapat dilambatkan sedikit.

Ayuh para pemimpin PR! Ayuh para ulamak, profesional dan aktivis parti semua peringkat! Ayuh rakyat malaysia! Mari kita percepatkan urusan mentalqinkan UMNO/BN ini agar tinggal dlam lipatan sejarah untuk di ludah oleh generasi kita akan datang.

Kepada Allah s.w.t. kita memohon pertolongan. "Mereka merancang, tetapi Allah s.w.t. juga merancang. Dan Allah s.w.t. jualah sebaik-baik perancang" !.

No comments

Powered by Blogger.