Rohaizat Mangsa Seterusnya!

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemilihan setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.

Beliau membuat pengumuman tersebut di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam 4 petang tadi.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula akan mengumumkan calonnya pada jam 9 malam ini.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42, dan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Mamat, sudah menyatakan hasrat bertanding di kubu kuat Pas itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pilihan raya kecil itu pada Isnin depan manakala hari mengundi pada 25 Ogos in

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini.

Sebelum ini, Umno bahagian Permatang Pauh menyenaraikan empat calon termasuk Mohd Zaidi kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang terbaik untuk mewakili parti itu.

Manakala jawatankusa PAS pula bermesyuarat hujung minggu lalu membicangkan lima orang calon termasuk Salleh

No comments

Powered by Blogger.