“Kita dipilih untuk menunaikan amanah” –YAB Menteri Besar

OLEH : NIK NURUL NADZIRAH NIK MD ZABARI

ALOR SETAR – Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan sesebuah masyarakat, namun dalam Islam amanah diertikan sebagai sesuatu yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga.


“Selagi masa ada pada kita dan kita diberikan amanah untuk menjalankan tugas walaupun tempoh yang diberikan itu hanya satu saat, namun kita perlu menunaikan amanah itu dengan sebaik-baiknya.

“Allah ada mengatakan, tidak kira sama ada orang Islam atau orang bukan Islam, kita perlu menunaikan amanah kepada orang atau ahli yang berhak.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berucap demikian dalam perhimpunan pagi di Wisma Darul Aman.
Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian seseorang pentadbir dan pekerja yang baik.

Peranan ketua-ketua jabatan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja kerana ini akan kepimpinan yang baik akan menghubungkan hubungan yang baik di antara kerajaan dan rakyat.

“Negeri Kedah mempunyai 1.9 juta rakyat, namun anda bertuah dipilih dan dipertanggungjawapkan oleh Allah untuk bekerja di Wisma Darul Aman ini.

“Kita yang dipilih untuk menunaikan dan menguruskan pentadbiran negeri, maka sebab itu amanah yang diberi harus ditunaikan kepada ahli yang berhak iaitu rakyat dan semua pelanggan kita,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.