Laporang Polis Menafikan Tuduhan dan Penipuan Yang Tidak Berasas [Loke Siew Fook]

LAMPIRAN LAPORAN POLIS

Saya datang ke Balai Polis IPD Dang Wangi pada hari ini 10 Ogos 2009 untuk membuat satu repot polis untuk MENAFIKAN dengan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menulis beberapa artikel yang dikatakan menghina agama Islam dan DYMM Sultan Perak serta Raja Nazrin Shah. Dalam 2 hari ini, beberapa blog dalam internet dan sebaran SMS telah menuduh saya menulis tulisan yang dikatakan menghina Islam dengan kata-kata lucah dan kesat dan yang terbaru menuduh saya menghina Sultan Perak.

Mereka mendakwa saya telah menulis artikel-artikel tersebut dalam sebuah laman blog http://sjsandteam.wordpress.com/. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak tahu-menahu tentang kewujudan blog ini dan tidak tahu siapa pemunya blog tersebut. Saya hanya mengetahui bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab yang telah meletakkan satu kenyataan akhbar saya yang bertajuk “Ridhuan Tee must apologize to Teoh Bneg Hock’s family” ke dalam blog tersebut. Selepas itu, ada pemberi-pemberi komen yang saya tidak tahu siapa telah menulis beberapa ayat yang kesat terhadap Ridhuan Tee dan agamanya. Saya langsung tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen tersebut.

Dalam blog yang sama, terdapat satu lagi artikel yang dikatakan saya menghina Sultan Perak dan Raja Nazrin yang didakwa oleh dua blog iaitu marahku.blogspot.com dan kitaanakmelayu.blogspot.com. Saya menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan tersebut. Saya TIDAK pernah menulis apa-apa tulisan berkenaan dengan Sultan Perak. Ini adalah satu dakwaan yang palsu dan fitnah terhadap saya.

Saya membuat laporan ini untuk menafikan dakwaan-dakwaan tersebut dan mengharapkan tuduhan yang palsu itu dapat diberhentikan.

Sekian laporan saya.

No comments

Powered by Blogger.