Maaf! Bodoh Patut Dikatakan Kepada Dia NI!

H1N1: Najib jumpa Liow esok bincang tindakan drastik kawal wabak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, esok bagi membincangkan langkah lebih ketat dan drastik mengawal penularan virus Influenza A (H1N1).

Najib berkata, beliau akan mendapatkan pandangan dan cadangan Kementerian Kesihatan dahulu sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Mereka (Kementerian Kesihatan) ada task force (pasukan petugas), lepas itu baru kita buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ampang di sini, hari ini.

Perdana Menteri yang bimbang dengan peningkatan kes kematian akibat virus itu setiap hari, berkata tindakan drastik seperti membatalkan sebarang perjumpaan secara terbuka mungkin akan dibuat jika virus ini terus menular dengan cepat.

"Masalahnya kita ini kalau hendak buat sesuatu ia membabitkan tindakan seperti membatalkan perjumpaan secara terbuka, tetapi banyak keperluan untuk diadakan seperti mesyuarat Umno dan parti-parti lain serta kegiatan rakyat.

"Tetapi kalau perlu kita buat sesuatu yang lebih drastik, kita kena buatlah nampaknya, kita tidak boleh biarkan perkara ini," katanya.

Hari ini lapan lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 26 orang, sementara kes baru pula sebanyak 202 kes yang membabitkan jangkitan tempatan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pengganas yang dikatakan Noordin Mohammad Top yang ditembak mati oleh Polis Indonesia di Temanggung, Jawa Tengah Jumaat lalu, Najib berkata beliau sedang menunggu hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan bahawa pengganas yang ditembak adalah ketua kumpulan serpihan Jemaah Islamiah itu.

"Perlu lihat hasil ujian DNA terlebih dahulu. Kebanyakan pengganas akan mengubah penampilan mereka, kecuali dibuat ujian DNA jika mahu memastikan sama ada dia adalah orang yang sama atau tidak.

"Saya tidak mahu buat apa-apa rumusan sehingga polis memaklumkan kepada saya keputusan ujian DNA yang dijalankan itu. Jadi, jangan cepat buat kesimpulan yang lelaki itu adalah Noordin," katanya.

Media Indonesia melaporkan pengganas paling dikehendaki di Indonesia itu ditembak mati dalam satu serbuan oleh polis antipengganas Indonesia yang menggunakan senjata berat di tempat persembunyiannya di Jawa Tengah. - Bernama


ngok! MAAF KASAR BAHASANYA. hang nak tunggu ramai mana rakyat malaysia mati bau nak sedar? hang tak pe la tak kena apa2. sekarang baru nak sedar? nampaknya najib sekali lagi menunjukkan pemikiran tahap yang rendah! tolong la najib, dalam hang ni jangan buat keja macam ngok!

No comments

Powered by Blogger.