Ramai Anak Muda Yang Dok Mabuk! Kenapa Umno Tidak Tolong Sedangkan Perintah 50 Tahun Dah!

Hari ini (8 Ogos) berakhirlah "gag order" ke atas para Exco. Arahan agar mereka tidak membuat kenyataan tentang isu arak dan MBSA.

Semalam Menteri Besar Selangor telah membuat keputusan agar tidak ada larangan menjual arak di kawasan majoriti Islam. Tetapi para penjual harus melaksanakan "self-restraint" atau kawalan kendiri. Garis panduan lengkap akan dikeluarkan dalam masa satu bulan.

Keputusan itu dibuat di dalam satu pertemuan bersama para peniaga dan pihak-pihak berkuasa tempatan pada pagi semalam (7 Ogos). Saya tidak hadir di dalam pertemuan itu kerana tidak mendapat jemputan.

Pada saya, kawalan sendiri akan berjaya jika ada ancaman. Adakah para peniaga arak itu akan melakukan kawalan sendiri kerana takut kepada amaran Allah? Pada saya tidak ada ancaman atau tidak ada dorongan bagi para peniaga untuk melakukan kawalan sendiri kecuali kita "membantu" mereka.

Bagaimana? Maka saya menggesa agar untuk memastikan keputusan Menteri Besar itu berjaya, umat Islam mestilah memboikot kedai-kedai serbaneka yang menjual arak di kawasan majoriti Islam. Kalau hendak memboikot semua rangkaian kedai-kedai itu juga lebih baik sehingga mereka melakukan "kawalan sendiri" tersebut.

Mungkin ada yang berkata, "Ramai yang bekerja orang Melayu juga".

Saya yakin ini satu lagi sebab kenapa kita perlu memboikot. Menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menyelamatkan mereka dari terus terbabit dengan penjualan arak. Lagipun kita bukan hendak memaksa kedai-kedai itu ditutup tetapi hanya untuk memastikan mereka tidak menjual arak di kawasan majoriti Melayu.

Saya merasakan saat yang kita lalui sekarang merupakan saat penting yang akan tercatat di dalam sejarah. Adakah umat Islam mempunyai sentiviti yang sama seperti masyarakat India apabila kuil Rimba Jaya dirobohkan? Adakah umat Islam sekarang mempunyai sensitiviti yang sama seperti ketika Natrah dibawa lari oleh penjajah Inggeris? Atau kita mengambil sikap tidak apa. Biarkan mereka menjual arak kepada belia-belia Islam. Biarkan generasi muda Islam terus dirosakkan.

Saya yakin umat Islam akan dapat memaksa kedai-kedai itu melakukan kawalan sendiri. Betapa hebatnya umat Islam keluar berpuluh-puluh ribu untuk membantah ISA. Betapa prihatinnya umat Islam turut membantah tindakan SPRM ke atas Teoh Beng Hock.

Maka demi masa depan umat Islam, terutamanya masa depan generasi akan datang janganlah kita berdolak-dalih. Lakukanlah apa yang sewajarnya. Tidak payahlah hendak mempertikaikan siapa yang membuat keputusan atau telah dirujuk kepada mesyuarat ini atau mesyuarat itu. Setiap malam ramai remaja Islam yang tergolek mabuk di sini dan di sana. Mahu tunggu apa lagi?

(Iskandar Abdul Samad, yang dipertua PAS Kawasan Pandan, ADUN Chempaka & Exco Selangor)


tolong jangan jadi barua dalam agama islam pemimpin umno. ramai mana anak muda melayu dok mabuk malam2. buta hatikah pemimpin umno? jangan salahkan orang yang mempunyai kuasa yang kecil sedangkan umno ada kuasa yang lebih besar tetapi dayus dalam mempertahankan agama islam! bini 1malaysia pun keja dok cium pelakon hindustan jer! piiiirahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... islam konon!

No comments

Powered by Blogger.