MBSA Perlu Tingkatkan Usaha Pantau Kebersihan Gerai Sekitar Shah Alam

Shah Alam, 10 Ogos - Tahap kebersihan gerai-gerai sekitar Bandar Shah Alam harus dipertingkatkan bagi memastikan orang ramai mendapat makanan berkualiti dan sihat.

Menurut Exco Permodenan Pertanian , Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan,Yaakob Sapari, pihak pengurusan penguatkuasaan MBSA harus meningkatkan perkhidmatan pengendalian serta memainkan peranan dalam menangani masalah ini.

“Saya rasa MBSA perlu tingkatkan perkhidmatan untuk pengendalian, sebab Shah Alam ini kota bagi negeri Selangor,jadi MBSA perlu lakukan yang terbaik,”Katanya.

“Cuma satu, tahap kebersihan gerai-gerai di Kota Anggerik masih rendah,saya pergi sendiri ke gerai-gerai dan saya lihat peniaga meletakkan ikan-ikannya dilantai sahaja, kalau saya tanya Pengarah kesihatan sudah tentu ini tidak boleh dilaksanakan.Tahap kebersihan masih rendah dan perlu ditingkatkan,”Katanya lagi.

Yaakob yang juga ADUN Kota Anggerik, berkata demikian pada majlis perhimpunan bulanan Majlis Bandaraya Shah Alam, hari ini.

Jelas Yaakob Sapari lagi,beliau mencadangkan agar semua pengusaha gerai makanan mengikuti kursus yang disediakan dan mewajibkan mereka mematuhi standard yang telah ditetapkan.

No comments

Powered by Blogger.