MPK Anjur Kempen Kibar Jalur Gemilang
KLANG, 17 Ogos - “Tanggal 31” antara lagu patriotik nyayian Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang memukau pendengar suatu ketika dahulu.
Pada 31 Ogos ini Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan kali ke 52.
Negeri Selangor juga tidak terlepas dari detik yang bersejarah ini yang sentiasa diingat sebagai sebuah negara yang merdeka daripada penjajahan.
Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini mengadakan kempen mengibar Jalur Gemilang, peringkat daerah Klang.
“Bendera Jalur Gemilang, inilah cara kita nak menunjukkan betul-betul cintakan negara kita selain daripada kita berkhidmat untuk negara, dan bukan untuk diri sendiri. Jadi sayanglah, cintakanlah bendera ni, jangan sekali-kali dipijak, dibenarkan dipijak, dilihat dipijak, kalau jatuh bendera ke atas bumi, jatuhlah negara kita”, kata Dato’ Abdul Ghani.
Demikian kata, Orang Besar Daerah Klang, Dato’ Abdul Ghani Pateh Akhir semasa berucap merasmikan kempen kibar Jalur Gemilang di dataran Majlis Perbandaran Klang (MPK) pagi tadi.
“Kita di MPK juga telah mengarahkan semua premis-premis perniagaan dan juga rumah-rumah persendirian untuk mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing. Kita mula hari ni untuk semua kita dah keluarkan segera untuk semua premis mengibarkan Jalur Gemilang sempena tahun kemerdekaan”, tambahnya lagi.
Terdahulu, program tersebut dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku oleh kumpulan kior MPK, kemudian disusuli dengan upacara mengibarkan Jalur Gemilang dan persembahan deklamasi sajak.
Kira-kira 500 Jalur Gemilang diserahkan kepada setiap kakitangan awam dan Ahli-ahli Majlis MPK sebelum diagihkan di kawasan masing-masing. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments
Post a Comment