Jet Ski Riadah Sesuai Untuk Erat Hubungan Kekeluargaan
RAWANG, 17 Ogos - Jet ski merupakan satu acara sukan permotoran air yang kian mendapat perhatian di serata dunia.
Selangor turut tersenarai sebagai lokasi pertandingan sukan jet ski ini yang kerap kali mendapat sambutan masyarakat tempatan dan luar negara.
“Kegigihan mereka kita berada di dalam peta, we are in the map of Jet Sports in Asian region tahniah beri tepukan. Selain itu, MPS bersedia telah menyatakan persediaan untuk menyokong mana-mana persatuan yang mempunyai inisiatif untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk membangunkan aktiviti sukan ini di kawasan ini. Secara tidak langsung usaha ini mengeratkan hubungan akrab antara PBT dengan penduduk setempat, khususnya dalam hal mencorak sosio ekonomi dan politik”, kata Abdul Khalid.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian dalam ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan Jet Sports Challenge 2009 Kali Ke-2 di Tasik Biru Kundang, Rawang.
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama Persatuan Jet Ski dan Sukan Air Selangor (PJSAS) merupakan penganjur kejohanan tersebut yang berakhir petang semalam.
Selain itu, kejohanan ini juga memberi peluang kepada penduduk tempatan menyaksikan sukan jet ski peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta menyertai Sukan Air Tradisional khas untuk penduduk setempat.
“Penganjuran kejohanan ini bertepatan dengan usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menggalakkan masyarakat setempat mengamalkan cara hidup sihat. Ia malah sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan sukan pemotoran air ini suatu aktiviti riadah keluarga mahupun individu”, tegasnya lagi.
Penganjuran Jet Ski ini juga mampu menjana eko-pelancongan serta membangunkan sukan air di Malaysia dalam mempromosikan tempat-tempat peranginan, riadah dan reareasi kepada peserta-peserta luar.
Semoga dengan kejohanan jet ski yang berakhir semalam ini bukan sahaja dapat mencungkil bakat baru malah mewujudkan masyarakat yang sihat melalui kegiatan raidah ini.
Kejohanan selama 2 hari itu merangkumi 4 kategori iaitu Open Unlimited, 800cc Open, Master Open dan 800cc Beginner.
Seramai 33 peserta dengan 12 pasukan tempatan dan negara asia seperti Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura menyertai kejohanan tersebut.
Kira-kira 15 ribu ringgit serta hadiah iringan berbentuk sijil penyertaan hadiah kejohanan yang ditawarkan pada kejohanan kali ke-2 ini. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments
Post a Comment