Permatang Pasir: 65 peratus sudah mengundi

BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Kira-kira 65 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, sehingga pukul 3 petang ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar berkata, berdasarkan waktu pengundian yang hanya tinggal lebih satu jam, beliau menjangkakan peratusan akhir keluar mengundi melebihi 70 peratus.

No comments

Powered by Blogger.