RTM Tidak Cerdik?

RTM is promoting Anwar Ibrahim
Pada pukul 7.09 minit pagi tadi ”in between” Berita Pagi di RTM1 ada menyiarkan visual-visual demonstrasi jalanan yang menentang ISA di ibu negara baru-baru ini.

Kononnya slot visual tersebut untuk menyedarkan masyarakat dengan tagnya MENYUSAHKAN! MERUGIKAN! MENYEDIHKAN! BUKAN BUDAYA KITA! tetapi yang sebenarnya ianya adalah "backfired" kepada RTM sendiri. Ia menimbulkan impikasi negatif di belakang tayangan slot ini dan harus dikaji oleh pihak RTM.

Visual-visual yang disiarkan seperti himpunan yang begitu ramai dengan pasukan keselamatan menyembur air dan gas pemedih mata, ada yang diusung di atas troli kecemasan dan peniaga-peniaga yang panik di mana semua visual-visual ini menggambar suasana huru-hara yang amat dahsyat dalam negara ini.

Pada hal kejadian itu hanya berlaku satu hari sahaja. Jika visual-visual ini disiarkan saban hari ia akan mengambarkan seolah-seolah ianya berlaku setiap hari dan tagline ”BUKAN BUDAYA KITA” akan menjadi realiti ”INI BUDAYA KITA”.

Jika slot-slot demonstrasi ini dilihat oleh pelancong yang baru menjejak kakinya ke negara ini nescaya ianya amat menakutkan dan ”shock” kepada pelancong tersebut.

Visual-visual yang diulang-ulang tayang akan sentiasa mengingatkan kepada kejadian yang sepatutnya dilupakan.

Siapa yang mendapat ”milage” besar dari slot-slot tayangan demostrasi jalanan ini? Siapakah individu yang sinonim dengan demonstrasi jalanan ini? Siapakah pencetus dan pelopor demonstrasi jalanan ini seperti yang dinyatakan oleh Che Det?

Tidak lain dan tidak bukan ialah Saudara Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim is going for broke and RTM is promoting him everyday. Anwar Ibrahim is gaining wide media milage and awareness at every RTM's prime time.

Hakikatnya RTM tidak cerdik.mummy rokiah

No comments

Powered by Blogger.