Serangan Muhyiddin Kepada Anwar : Mungkin 300 000 Orang Akan Demo Lagi Kat Johor!

Petualang cetuskan isu perkauman adalah pengkhianat: TPM

KUDAT: Petualang yang mencetuskan isu berbaur perkauman yang boleh menjejaskan keamanan negara boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan perlu ditentang habis-habisan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, negara Malaysia yang agak luar biasa dengan kepelbagaiannya adalah aman damai disebabkan dasar yang dilaksanakan kepimpinan terdahulu dan ini perlu dipertahankan.

"Waktu ini kita (kerajaan) sedang berusaha perkukuhkan ekonomi, pendidikan sosial, kesihatan, infrastruktur luar bandar, sekolah khususnya di Sabah.

"Kita nak teruskan (pembangunan), jangan ada yang cuba cetuskan pertikaian ...agenda pembangunan bangsa dan negara ini, inilah yang paling utama, tidak ada yang lebih penting," katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kudat dan Kota Marudu di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata hari ini, situasi dan kedudukan negara adalah dalam keadaan baik di bawah pimpinan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. - Bernama

bagi la ayat power. hari tu baru 10 000 orang hadir demo kat johor. ni muhyiddin dah bagi la serangan mungkin 500 000 lagi turun kat johor hujung minggu ni?

No comments

Powered by Blogger.