Sultan Selangor Lancar Buku Terjemahan Zakat

SHAH ALAM, 24 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan buku terjemahan zakat hasil tulisan Ulama Moden Islam Yusof Al- Qaradhawi bertajuk Institusi Zakat Peranan dan Tanggungjawab sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di, Shah Alam,petang tadi.

Dalam majlis yang sama, baginda turut berkenan menyampaikan bantuan zakat kepada 200 orang fakir dan miskin dari sekitar Lembah Klang.

Turut menerima bantuan, 200 orang mualaf(saudara baru) dan 100 orang anak yatim.

Hadir sama, Menteri Besar selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ramli Mahmud dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa.

Pada tahun ini, LZS telah memperuntukkan sebanyak RM15,997,550(juta) untuk diagihkan kepada 21,621 keluarga fakir dan miskin di Selangor iaitu 10,778 untuk keluarga fakir dan 10,843 keluarga miskin di negeri Selangor.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM7,764,950.00(juta) diagihkan kepada golongan miskin manakala RM8,232,600.00(juta) diagihkan kepada golongan fakir.

Dalam majlis yang sama, Sultan Selangor yang mewakili LZS berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Worldwide Holdings Berhad(WHB) dan anak syarikatnya berjumlah RM1,000,861.72(juta) bagi tahun kewangan 2009 yang disampaikan oleh Pengerusi Worldwide Holdings Berhad, Dato’ Mohd Arif Abd Rahman.

Daripada jumlah zakat perniagaan ini, RM820,922.72 adalah dari WHB dan dua anak syarikatnya Worldwide Landfills Sdn Bhd(RM169,900) dan WL Environmental Sdn Bhd sebanyak RM10,039.00.

WHB dan anak syarikatnya telah membayar zakat kepada LZS sejak tahun 2005 dan pada tahun lalu sahaja jumlah yang telah dibayar adalah sebanyak RM1.4 juta.

No comments

Powered by Blogger.