Tiong buat laporan polis terhadap Tee Keat hari ini

KUALA LUMPUR 26 Ogos — Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn. Bhd., Datuk Seri Tiong King Sing hari ini membuat laporan polis untuk menjawab tuduhan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat terhadap beliau.

Tiong yang diiringi oleh seorang peguam membuat laporan itu di Ibu pejabat Polis Dang Wangi di sini pagi ini dan bagaimanapun laporan tersebut kemudian dikemukakan kepada Ibu pejabat Polis Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan bahawa beliau ada menerima laporan itu. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.