APCO: Anwar tidak dibenar bawa peguam
Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 8 Jun – Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa peguam ketika mendengar keterangan beliau berhuhubung dakwaan beliau bahawa firma khidmat runding yang dilantik pentadbiran Najib, APCO ada hubungan dengan rejim Yahudi.
Anggota jawatankuasa itu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) memberitahu sidang media di bangunan Parlimen selepas panel membuat keputusan itu.
“Anwar tidak dibenarkan membawa peguam. Beliau tidak boleh hadir bersama peguam,” kata Karpal.
Karpal dan Sivarasa membantah ketika pengundian dibuat. Anwar membuat permohonan itu tengah hari tadi.
“Saya dan Subang (Sivarasa) menentang manakala kesemua empat anggota jawatankuasa dari Barisan Nasional menyokongnya.
“Keputusan bukan (sesuatu yang dibuat) sebulat suara,” kata Karpal.
Karpal berkata keputusan bertentangan dengan peraturan bagi memberikan keadilan sewajarnya kepada yang tertuduh.
Pengerusi DAP itu berkata, pendengaran jawatankuasa itu akan diteruskan tanpa kehadiran Anwar manakala seorang wakil dari Apco Worldwide akan hadir untuk memberi keterangan bagi pihak syarikat itu.
“Peraturan Mesyuarat 83, Perkara 7A dengan jelas menyatakan bahawa seorang yang dibicarakan (wajar) diberi hak untuk membawa bersama peguam ketika pendengaran seperti ini,” kata beliau.
Karpal menambah, jawatankuasa juga tidak boleh mengambil keterangan tanpa kehadiran seseorang tertuduh.
“Kami memandang serius berhubung apa yang berlaku tadi, kami berpandangan bahawa Anwar akan diberi hak untuk mendapatkan peguam dan perwakilan sepenuhnya. Biar kita tengok apa akan berlaku esok,” katanya.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment