Karpal Bebas Tuduhan Menghasut

KUALA LUMPUR 11 Jun - Ahli parlimen veteran DAP, Karpal Singh hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan menghasut selepas pihak pendakwa gagal membuktikan prima facie.

Karpal menghadapi tuduhan menghasut berhubung kandungan sidang akhbarnya pada 6 Februari 2009, di mana beliau berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Sultan Perak atas peranannya dalam krisis perlembagaan negeri tersebut pada 2009.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu didakwa berhubung ancamannya untuk menyaman Sultan Perak ekoran krisis politik di negeri tersebut.

Karpal didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 6 Februari, dari jam 12 tengahari hingga 12.30 tengahari, di pejabat firma guamannya di Jalan Pudu Ulu di Kuala Lumpur.

Karpal mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat. Beliau dibenarkan ikatjamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan berdepan dengan hukuman penjara maksima tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-keduanya sekali, jika didapati bersalah.

Kesalahan seterusnya boleh dikenakan hukuman penjara maksima lima tahun.

Karpal diwakili 13 peguambela, termasuk dirinya dan empat anaknya.

Pendakwaan dikendalikan oleh DPP Kamaruddin Md Said dan Mohd Hanafiah Zakaria.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.