Luna: Saya tiada tatu di pinggul

Susunan Elrafaei Sapi

ahmadelrafaei@hmetro.com.my

INDUSTRI hiburan serantau khususnya Indonesia kini sedang bergegar. Gegaran itu bukan dek gempa bumi mahupun hempasan tsunami, tetapi gara-gara video porno yang dikatakan aksi aktres Luna Maya bersama vokalis Peterpan, Nazril Irham atau Ariel.

http://www.hmetro.com.my/articles/Sayatiadatatudipinggul/pix_middle

KECOH...kontroversi video seks Luna bersama Ariel masih dalam siasatan.

Semuanya bermula apabila video panas itu tersebar menerusi Internet. Video berkenaan bukan saja dikatakan menonjol perlakuan seks seorang wanita yang berwajah seperti Luna dan Ariel di ranjang malah sebuah lagi video pula menonjolkan lelaki yang dikatakan Ariel bersama bekas teman wanitanya dulu iaitu Cut Tari.

Apa yang menggemparkan, Luna yang juga duta Program Bantuan Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain model iklan sabun mandi ternama bersama Ariel, sedang berdepan dengan tindakan undang-undang selepas polis melancarkan siasatan terhadap tiga selebriti ini.

Mengikut undang-undang antipornografi, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 12 tahun andai didapati bersalah. Walaupun siasatan polis masih dijalankan, ada sumber mengatakan video itu dirakam mereka beberapa tahun lalu.

Ketika ini, iklan sabun mandi yang dijayakan Luna bersama Ariel dihentikan seketika, namun pihak pengurusan program muzik, Dahsyat yang menampilkan Luna sebagai pengacara belum membuat sebarang keputusan untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, dalam siaran program itu, baru-baru ini tempat Luna digantikan Astrid Tiar bersama penyampai asal, Olga Syahputra dan Raffi Ahmad. Sumber mengatakan Luna membuat keputusan sendiri untuk berehat seketika daripada program itu selepas video seksnya menarik perhatian ramai.

No comments

Powered by Blogger.