MACP mahu saman Pemuda MCA
MACP mahu saman Pemuda MCA
KUALA LUMPUR: Badan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia Berhad (MACP) memberi tempoh tujuh hari kepada Timbalan Ketua Biro Hal Ehwal Pengguna, Pemuda MCA, Kua Song Tuck, memohon maaf dan menarik balik dakwaan kononnya organisasi itu berkepentingan peribadi, menipu dan tidak memiliki kredibiliti.
Pengerusinya, Habsah Hassan, turut menyifatkan dakwaan itu keterlaluan dan boleh menjatuhkan reputasi serta memalukan badan pemungut royalti bagi pencipta lagu dan penulis lirik tempatan.
Malah, tegasnya, MACP tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika Kua tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataannya selepas tempoh tujuh hari itu berakhir.
“MACP menerusi peguam kami, sudah menghantar surat kepada Kua. Kami amat kesal dan kecewa membaca kenyataan Kua seperti disiarkan dalam akhbar Sin Chew Daily pada 1 Jun lalu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Turut hadir, Pengurus Besar MACP, Chan Miew Lan, wakil peguam serta beberapa komposer dan penulis lirik terkenal seperti M Nasir, Fauzi Marzuki, Neves, AD Samad dan Edrie Hashim serta balu penulis lirik terkenal Loloq, Hairiah Yaacob.
BH

No comments
Post a Comment