Najib Panas Kepala Dengan Judi Bola Sepak?

PANAS dan pening juga kepala Najib Razak gara-gara lesen judi bola sepak. Mungkin kerana pening menyebabkan Najib terlupa apa yang dikatakan tentang lesen itu sebelum ini. Dalam jawaban bertulis di Parlimen semalam Najib selaku Menteri Kewangan menjawab lesen itu belum dikeluarkan lagi kerana masih menerima maklum balas dari berbagai pihak.

Manakala Vicent Tan yang diberikan lesen judi menerusi syarikat Berjaya Corp pula mengatakan lesen itu sudah pun diluluskan kepadanya. Beliau siap untuk menderma untuk kebajikan sebanyak RM525 million hasil dari wang berkenaan. Mana satu yang betul ni? Apakah Najib bohong ataupun Vicent Tan yang benar, atau sebaliknya?

Yang jelasnya Najib panas dan pening kepala mengenai lesen judi ini. Berbagai pihak menentang kelulusan lesen judi itu. Bukan saja Pas, PKR dan DAP, tetapi pemimpin BN juga turut sama menentangnya.

Bekas PM, Abdullah Badawi juga turut menentangnya. Kata Abdullah kerajaan perlu mendengar pandangan dari rakyat bawahan. Yang agak teragak-agak hendak menentang ialah Dr Mahathir Mohamad. Saya tidak terdengar tentangan Mahathir mengenai perkara ini. Begitu juga dengan NGO yang kononnya radikal Melayu juga tidak berapa lantang menentang judi setakat buat kenyataan di stesen berbanyar saja.

Kenapa kali ini NGO berkenaan tidak pakai kain lilit kepala merah menentang judi? Kalau tentang kepala lembu, tentang kenyataan menyentuh raja bukan main lagi, siap dengan belit kepala dengan kain merah. Apakah pemimpin NGO berkenaan rakain baik Vicant Tan? Barangkali.

Untuk tamatkan cerita dan sejutkan kepala Najib senang saja batalkan pemberian lesen itu kepada Vicent Tan, habis cerita. Berat sangatkah untuk batalkan. Percayalah negara tidak akan bankrap kalaupun lesen judi tidak dikeluarkan. Masih banyak lagi sumber lain untuk dijana ke dalam perbendahraan negara.

Atau Najib merasa kekok untuk membatalkan sebab sudah terima komisyennya daripada Vicent Tan. Begitukah? Selalunya begitulah setiap apa-apa projek hendak diluluskan 10 hingga 30 persen komisyen telahpun dikaut. Telah dibahagi-bahagiakan dalam Gua Bukit Tunggal!

Baik Najib berteurs terang saja kalau sudah ambil komisyen. Berapa jumlahnya. Dan jika ianya telah digunakan, Najib boleh punggut derma untuk membayar balik wang komisyen itu kepada Vicent Tan. Rakyat Malaysia yang pemurah sedia menghulurkan derma daripada membiarkan negara mereka bergelumang dengan perjudian.

http://msomelayu.blogspot.com/


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.