Rachel Corrie dirampas Israel

05/06/2010 11:48am

GAZA 5 Jun – Tentera laut Israel merampas kapal MV Rachel Corrie yang menuju ke Gaza hari ini, ketika kapal milik Ireland itu berada 55 kilometer di Laut Mediterranean, demikian menurut jurucakap kumpulan penganjur misi itu.

Tidak jelas sama ada berlaku keganasan atau tidak, walaupun mereka yang berada di atas kapal sebelum ini menyatakan yang mereka tidak akan melawan.

Jurucakap tentera Israel berkata, tiada sebarang maklumat diterima mengenai hal tersebut. Israel sebelum menegaskan ia tidak akan membenarkan kapal itu tiba ke Gaza.

Rachel Corrie ditahan lima hari selepas konvoi enam kapal diserang komando Israel menyebabkan sembilan aktivis maut dengan berpuluh lagi cedera. – REUTERS


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.