Ukuran - Pemuda UMNO sekuat mana?

lautan manusia
Satu suara – Malaysia menolak dan mengecam Israel atas perbuatan mereka di Palestin. Pemuda UMNO telah berhimpun di Masjid Negara dan PAS serta PR berarak dari Kampung Baru ke Kedutaan Amerika.

UMNO – hanya dapat mengumpul lebih kurang 200 orang sementara PAS dan sekutu mereka PR melimpah ruah dengan penyokong mereka – puluhan ribu hadir. Ini buka masalah besar – mereka semua sama – satu tujuan tetapi sedikit sebanyak memberi sedikit gambaran sejauh mana UMNO perlu menyentuh rakyat marhaen dalam usaha mengembalikan sokongan. Namun ini bukan ukurannya – biarlah mereka hadir dengan jumlah yang ramai tetapi hakikat satu matlamat itu ada. Bertanya lagi suara-suara sumbang – tapi nampak sokongan amat padu pada pembangkang – PAS dan sekutu PR? Kenapa UMNO hanya dihadiri oleh beberapa kerat sahaja? Kalau ini petunjuk sokongan – Pemuda UMNO tidak di sokong malah oleh ahli mereka sendiri. Kenapa dan adakah jumlah yang ramai hadir pada demonstrasi tajaan PAS dan sekutu mereka PR – akan menunjukkan kedudukan UMNO masa kini? Mungkin orang UMNO bukan berasaskan demonstrasi – tidak suka dengan perangai semacam itu – mereka lebih relaks lagi, lebih matang dan tidak terikut emosi untuk berdemonstrasi. www.umno-reform2.com malas nak komen – UMNO fikirkan sendiri – tulisan ringkas ini cuma mahu mengingatkan kita – sejauh mana kita dengan rakyat. Sememangnya ini memberi impak kepada UMNO dan BN tetapi kalau langkah tidak diambil, diambil tetapi tidak berkesan dan terlampau banyak sangat kepimpinan mendengar nasihat yang salah – maka hakikat ini perlu di fikirkan.
http://umno-reform2.com/
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!





(1).png)

No comments
Post a Comment