Sidang Media Lesen Judi Sukan Batal, Najib Bersandiwara

KUALA LUMPUR 11 Jun - Kerajaan Umno-Barisan Nasional sememangnya tidak mempunyai keazaman politik dan hanya bermain bermain sandiwara berhubung lesen judi sukan oleh Kementerian Kewangan kepada Ascort Sports Sdn Bhd.

Pengerusi Biro Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty yang dihubungi Suara Keadilan berkata Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Jamil Khir Baharom tidak ada kekuatan walaupun secara keseluruhan rakyat rakyat telah menolaknya.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuma bersandiwara kerana tekanan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan yang lebih kuat sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab pula tidak ada keberanian untuk menegur Perdana Menteri apabila tunduk dengan tekanan pihak tertentu.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sebelum ini turut menegur supaya kerajaan Umno-BN mendengar suara rakyat tapi nampaknya seperti tidak diendahkan," ujar Manuty.

Katanya lagi, pemimpin Umno-BN hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat implikasi buruk yang bakal dihadapi masyarakat dengan gejala sosial tersebut.

"Tidak keterlaluan kalau dikatakan pemimpin Umno-BN sememangnya sinonim dengan aktiviti judi dan pertaruhan. Najib tidak konsisten dengan kenyataannya untuk mengkaji semula kelulusan lesen judi sukan.

Pagi tadi, sidang media yang sepatutnya diadakan oleh menteri yang bertanggungjawab berhubung pemberian lesen judi sukan telah dibatalkan pada saat-saat akhir.

Menurut sumber, pembatalan itu adalah atas arahan Perdana Menteri.

Kira-kira 40 orang petugas media yang menunggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam hampa selepas diberitahu sidang media itu dibatalkan.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.