Tugas bapa melindungi
Oleh zuhayati yazid
SEBAIK sahaja seorang lelaki yang telah akil baligh, berumahtangga maka terpikul di bahu mereka pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan untuk mereka laksanakan.
Lelaki yang telah berkahwin bertanggungjawab mengetuai keluarganya serta menjadi suami dan bapa kepada anak-anak yang lahir daripada perkahwinan itu.
Malah, tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya juga tidak akan berakhir walaupun dirinya telah berkahwin.
Sebagai ketua keluarga, seseorang lelaki yang bergelar suami dan bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar dalam memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak.
Menurut kaunselor Kolej kemahiran Tinggi Mara, Sri Gading, Batu Pahat Johor, Nor Shadira Jamaluddin, peranan bapa bukan sesuatu yang mudah sebaliknya perlu menyediakan keperluan asas keluarga seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan.
''Keluarga adalah unit asas kepada masyarakat, negara dan umat manusia. Keluarga terbentuk melalui institusi perkahwinan di mana seharusnya wujud saling memahami dan sayang menyayangi di antara satu sama lain,'' katanya.
Jelasnya, perkahwinan adalah proses mengatur kehidupan agar anak-anak yang lahir bakal menjadi generasi pelapis yang beriman dan kuat jati dirinya.Di sinilah bapa memainkan peranan yang besar dalam kehidupan berumahtangga.
Persoalannya sekarang sudahkah golongan bapa memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang?
Katanya lagi, bapa hari ini bukan hanya bertanggungjawab memberi makan, pakai dan rumah kediaman semata-mata kepada ahli keluarga tetapi tugas bapa ialah melindungi dan memelihara keimanan ahli keluarga supaya tidak hanyut dalam arus kehidupan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
Dalam keluarga, ciri-ciri nilai pelindung perlu ada bagi suami. Peranan bapa bukan lagi sekadar menyara keluarga, lebih dari itu bapa berperanan penting melindungi isteri, memberi kebahagiaan kepada keluarga dan kedamaian rumah tangga.
''Peranan ini perlu diperkasakan untuk membebaskan masyarakat daripada gejala tidak sihat dan maksiat.
''Jika seorang suami melihat isterinya sebagai sumber amanah, maka dia tahu dia akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak. Oleh itu dia tidak akan sewenang-wenangnya mengkhianati amanah itu,'' ujarnya tegas.
Katanya lagi, seorang bapa yang baik ialah mereka yang boleh menjadi pemimpin, model ikutan serta contoh yang baik kepada anak-anaknya.
''Justeru, untuk menjadi seorang pemimpin dan model ikutan yang baik, seorang bapa perlu menjadi pendidik dan berpegang kuat kepada disiplin bagi mewujudkan unsur-unsur kemesraan di dalam keluarga dengan menunjukkan contoh yang terbaik, lahir dari dalam diri," katanya.
Selain itu, menurutnya lagi seorang suami dan bapa juga bertanggungjawab menjadi pelindung keselamatan kepada semua ahli keluarganya.
Malangnya, pada masa sekarang terdapat sebahagian kecil bapa yang sanggup menodai anak kandung mereka sendiri.
Terdapat juga bapa yang terlalu garang sehingga anak-anak takut hendak berdekatan dengan bapa mereka dan tidak kurang juga suami yang hanya menjalankan tanggungjawab mencari sumber pendapatan semata-mata tetapi menyerahkan tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya kepada isteri.
Dalam pada itu beliau juga memberitahu, sebagai seorang suami mereka perlu bergaul dengan isteri mereka secara baik, sentiasa bersabar, memberikan nafkah batin dan merahsiakan hubungan kelamin.
''Seorang suami juga perlu mendidik isteri, memberi mahar, menyediakan tempat tinggal yang layak, memberi nafkah (sara hidup) serta tidak mencampuri isterinya ketika isteri sedang haid," jelasnya.
Katanya, seorang suami perlu meletakkan matlamat dan visi yang perlu dicapai keluarga agar keluarga berkenaan sentiasa berada dalam keadaan bahagia.
Malah, suami perlu menjadi pemimpin yang berwibawa untuk memimpin keluarga ke jalan yang benar, merangsang keluarga agar lebih komited dalam menempuh hidup, bijak, sabar, sentiasa cuba memenuhi keperluan keluarga, bertoleransi, bertanggungjawab dan menjaga kebajikan keluarga.
''Seorang suami juga tidak boleh mencemuh atau menyalahkan isteri sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Suami tidak boleh merungut semasa atau selepas membantu isteri, tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri, tidak mengambil sikap acuh tidak acuh atau tidak peduli terhadap isteri, bertolak ansur dan sedia membantu isteri dalam apa jua perkara," katanya.
Seorang suami yang baik harus memahami kekuatan dan kelemahan isteri, ikhlas ketika membantu dan bersikap empati.
''Suami yang memahami kekuatan isteri membantunya dengan memberikan semangat serta bantuan fizikal dan material diberikan oleh suami ketika isterinya berada dalam keadaan 'lemah'," katanya.
Nor Shadira menjelaskan betapa pentingnya seorang suami menghormati isteri, tidak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih, benar-benar mendengar semasa isteri sedang bercakap, menguruskan rumah tangga dengan semangat sepasukan, mementingkan pendapat isteri serta berlaku adil dengan isteri.
Sebagai lelaki yang bergelar bapa pula, mereka wajib memberi nafkah, menjaga anak, memimpin, mendidik, menasihat mendisiplin dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka.
''Jika boleh sentiasa menghabiskan masa bersama anak-anak, beriadah dan berekreasi bersama mereka, menjauhkan keluarga dari persekitaran yang tidak sihat, menjadi teman kepada anak-anak dan mengawal anak-anak menggunakan disiplin.
''Tiga strategi untuk 'mendisiplin-kasih' anak-anak ialah dengan cara mengukuhkan hubungan ibu, bapa dan anak secara profesional, komunikasi yang berkesan serta pendekatan psikologikal," ujarnya.
Sebagai anak pula katanya, golongan ini juga perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapa, memberi sumbangan kepada mereka, membantu, menziarah serta menjalin hubungan mesra dengan sanak saudara.

No comments
Post a Comment