Ariel, Luna Maya disoal siasat
ARIEL dan teman wanitanya, Luna Maya diserbu wartawan.
JAKARTA: Vokalis kumpulan muzik Peterpan Nazriel ‘Ariel’ Irham yang mendapat liputan meluas media Indonesia berikutan skandal video seks dengan aktres dan penyanyi Luna Maya, tiba di Ibu Pejabat Polis Negara semalam untuk disoal siasat.
Ariel tiba jam 10.20 pagi dan mengelak diserbu wartawan dengan terus berlari ke jabatan siasatan jenayah sejurus keluar dari keretanya.
Luna Maya bagaimanapun sudah berada di jabatan itu lebih awal dan masih disoal siasat ketika Ariel tiba. Luna ditemani peguam OC Kaligis.
Laman web berita The Jakarta Globe yang memetik stesen televisyen SCTV menyatakan, polis akan melakukan pemeriksaan fizikal ke atas pasangan itu, dipercayai bagi mengenal pasti bentuk badan dan tanda tertentu sama ada ia menyerupai ‘pelaku’ di dalam klip video seks berkenaan.
Sementara itu polis berkata pihaknya sudah menahan enam orang untuk siasatan lanjut mengenai video seks membabitkan Ariel, Luna Maya dan Cut Tari.
“Mereka tidak ditangkap, sebaliknya disoal siasat untuk membolehkan kami mengesan siapa orang pertama memuat naik video terbabit,” kata pengarah jenayah dalam negara, Brigadier Jeneral Saud Usman Nasution.
Beliau berkata pihaknya dibantu enam pakar untuk menggunakan kaedah saintifik bagi memastikan ketulenan video terbabit.
Saud menambah, pihak polis mendapat maklumat bahawa video seks itu dimuat naik pada 22 Mei lalu.
“Kami menerima maklumat, video itu dimuat naik pada 3 atau 4 Jun, tetapi hari ini kami mendapati ia sudah tersebar di internet sejak 22 Mei lalu,” katanya. – Agensi
No comments
Post a Comment