Umno Zionis Perosak Negara

Suatu ketika dahulu nun jauh di utara Kedah, kita punyai kota - kota lama yang berusia ribuan tahun. Lambang kegagahan sebuah empayar yang cukup gagah. Hasil warisan sejarah ribuan tahun. Namun segalanya telah dirobohkan oleh Chulalongkun dan British demi untuk menafikan sejarah yang teramat hebat ini. Dari pintu gerbang kota Kota Kuala Muda hinggalah penipuan sejarah Hang Tuah. Ini semua kerana rancangan jahat puak imperialis yang mahu memastikan kekuasaan mereka untuk memastikan segala tindak - tanduk mereka tidak ditentang. Buktinya wujud buku mengenai rancangan menubuhkan Malaysia pada tahun 1937.

Kerja merobohkan bangunan - bangunan penting selalunya atas nama pembangunan. Selalunya datang dari mereka yang perut gendut dan laparkan duit. Itulah yang berlaku sekarang ini. Perangai jahat dan keji yang datang dari perampas sejarah iaitu Raja Thai Chulalongkun dan British masih diwarisi oleh pemimpin Umno. Kampung Baru, Stadium Negara, dan terbaru bangunan Parlimen. Mereka pentingkan pembangunan bangunan daripada mendidik generasi yang akan datang mempunyai jatidiri dan ilmu pengetahuan yang kuat dan utuh mengenai negara kita ini. Pembangunan ilmiah, rohani tidak penting bagi puak - puak Umno.

Jika di luar negara, monumen - monumen penting inilah yang akan dipelihara bersungguh - sungguh kerana bagi mereka ini penting untuk memastikan rakyat di negara mereka punyai jatidiri yang tinggi nilainya. China masih pelihara bangunan Istana mereka kerana mahu mengingatkan rakyat mereka bahawa mereka dahulu hebat dan mereka mahu rakyat mereka terus hebat tidak kira di mana mereka berada. Perkara ini penting namun sayangnya kita Malaysia tidak hargai perkara ini.

Sudahlah buku sejarah Malaysia teruk diputar. Buku yang dihasilkan oleh Munsyi Abdullah penuh dengan penipuan dan kita dipaksa membaca dan menerimanya. Kita dipaksa mengaku kita dijajah selama 500 tahun walhal kita dijajah secara total bermula pada tahun 1827 hasil gerakan bersama Thai dan British. Akibat dipaksa dan ditipu maka bermulalah episod orang Melayu ini lemah, ketuanan Melayu diperlukan dan segala macam kata - kata laknat membohong ini dimainkan. Penipuan yang dipaksa terima ini menyebabkan orang Melayu dipaksa bergantung harap kepada penipu besar sekarang iaitu Umno Zionis.

Sekarang sudahlah bangunan ribuan tahun telah diranapkan. Segala buku - buku penting telah dilarikan oleh British. Sekarang bangunan bersejarah yang berusia 100 tahun atau puluhan tahun cuba diranapkan. Apa lagi yang tinggal? Kita tidak punya buku yang bagus mengenai sejarah Malaysia. Kita hanya tinggal bangunan yang agak lama. Namun jika ini dimusnahkan, mana mungkin rakyat Malaysia boleh berbangga dengan dunia luar.

Malang rakyat Malaysia kerana kita harus mengikut budaya dan gaya pemerintahan Umno Zionis ini. Selagi mana kita berikan kuasa memerintah kepada mereka selagi itulah kita akan terus jadi bodoh. Jangan lupa dengan kedudukan universiti kita. Semakin lama semakin merudum. Sebabnya para pensyarah harus ikut kata pemimpin Umno. Apa lagi yang kita tinggal? Kita bukannya bangsa Arab yang punyai sejarah agung di belakang mereka. Nabi Muhammad s.a.w ceritanya boleh dilihat di dalam Al-Quran dan Hadis. Kita? Semuanya temberang.

Entahlah, sedih melihat Malaysia. Sebuah negara yang sepatutnya kaya dengan nilai dan sejarah namun secara perlahan - lahan mula dirancang untuk melenyapkan sejarah itu. Mujur ada beberapa pihak yang berusaha menghalang usaha itu.

http://dragsuperstar.blogspot.com/2010/06/umno-zionis-perosak-negara.html


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.