Wanita KEADILAN Selangor Cabar Shahrizat Berhubung Lesen Judi Bola Sepak
SHAH ALAM 3 Jun - Wanita KEADILAN Selangor mengutuk sekeras-kerasnya pengeluaran lesen judi untuk bola sepak piala dunia oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan.
Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Haniza Mohamed Talha berkata pihaknya memandang serius tentang perkara ini, kerana judi merupakan suatu perkara yang dilarang oleh Allah.
Menurutnya, hal jelas dinyatakan dalam surah Al-Maidah ayat 90 yang berbunyi, 'Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, BERJUDI, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan'.
"Pemberian lesen judi memberi isyarat yang salah kepada masyarakat terhadap perbuatan berjudi dan ianya membawa kesengsaraan kepada individu dan keluarga.
"Kini, seolah-olah pertaruhan pertandingan bola, satu lagi jenis judi sudah dibenarkan dan sah di sisi undang-undang.
"Alasan mengatakan kelulusan lesen judi akan mengurangkan dan seterusnya boleh menghentikan judi haram adalah dongengan semata malahan menyebabkan ketagihan judi kalangan belia.
Tambah beliau, perkara tersebut bukan sahaja dibantah oleh masyarakat yang beragama Islam, bahkan seluruh lapisan masyarakat, bangsa dan agama turut sama membantah kelulusan lesen judi itu
"Kita mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang diberikan kepada syarikat Tan Sri Vincent Tan.
"Kita juga kesal dengan sikap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang membisu sedangkan fabrik keluarga dan masyarakat kian terancam.
Justeru itu katanya, Wanita KEADILAN Selangor mencabar menteri tersebut membuat pendirian tegas serta menyeru mufti seluruh negara menyatakan bantahan mereka terhadap isu tersebut.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment