80 peratus keluar undi di Kerdau, cecah sasaran awal

KUALA LUMPUR, 6 Mac — Kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau di Pahang telah mencapai sasaran 80 peratus keluar mengundi berdasarkan perkembangan setakat pukul 3 petang tadi.

Menurut maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 79.44 peratus atau 7,149 orang telah keluar mengundi setakat 3 petang tadi.
Pengundian ditutup 5 petang ini.

Kerusi itu disaingi oleh Syed Ibrahim Syed Syed Ahmad dari BN dan Hassanuddin Salim mewakili PAS.
Sebelum ini SPR meletakkan sasaran 80 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil di kawasan itu.

Bagaimanapun di Merlimau, kira-kira 72.6 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar telah keluar mengundi sehingga 3 petang.
SPR juga menyasarkan lebih 80 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil ini yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Roslan Ahmad, 44, dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38.

1 comment

leekonyou said...

Sunday, March 6, 2011
PAS Menang Di Kerdau....
Pas menang di kerdau... tapi menang sorak je la, zikir, mengaji lepas tu maki hamun orang, sampaikan makcik yang pakai baju dan tudung merah yang nak pergi mengundi pun dia makinya, depa ingatkan makcik tu perayu undi bn, punya lah bahalol penyokong pas ni. kejadian berlaku di peti undi smk kerdau.

Pusat pengundian dah tutup, peratusan terakhir keluar undi di dun kerdau 81.5%, aku akan siarkan keputusan tidak rasmi pada jam 6 petang ini, apa pun korang tengok la gambar aku yang tak seberapa ni.




Lengang, pengundi di peti undi felda 23 awal-awal lagi dah keluar mengundi.

Pun lengang jugak, peti undi felda jengka 22, awal-awal jugak mereka dah keluar undi.




Posted by det at 5:09 PM

Powered by Blogger.