Akhir Zaman, Fitnah Bermaharajalela! Tahniah Mahathir

Buku Dr M paling laris di pasaran

KUALA LUMPUR: Buku A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad mencatat sejarah tersendiri apabila terjual lebih 5,000 naskhah pada hari pertama di pasarkan ke seluruh negara, kelmarin.

Malah, penerbit buku, MPH Group Publishing Sdn Bhd akan mengulang cetak 10,000 lagi naskhah buku pengkisahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu, awal bulan depan sebagai tambahan kepada 50,000 naskhah bagi cetakan pertama.

Pengurus kanannya, Ivy Tan, berkata buku berkenaan yang dijual di ratusan kedai buku di Malaysia dan Singapura termasuk Borders, Kinokuniya, Popular dan kedai buku kecil mempunyai keistimewaan tersendiri kerana bukan saja dibeli pelbagai kaum, malah golongan yang tidak menyukai buku berkenaan turut berminat mendapatkannya.

No comments

Powered by Blogger.