Anwar dakwa Najib, Hishammuddin terlibat dedah rakaman video seks
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 22 Mac — Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein terlibat dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.
Anwar membuat pendirian tegas ini sehari selepas penafian Perdana Menteri bahawa polis dan Kementerian Dalam Negeri terlibat dalam merakamkan insiden itu.
“Tindakan mempertontonkan tidak boleh dilakukan tanpa perlindungan Najib dan Menteri Dalam Negeri. Lebih-lebih lagi ia dilakukan secara rasmi di sebuah hotel berprestij, di mana editor-editor kanan dijemput.
“Adakah ia mungkin?” soal Anwar selepas membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Terdahulu Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan diri beliau, yang kemunculannya didedahkan semalam.
Rakaman itu yang dikatakan menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita telah dipertontonkan kepada media semalam.
Malah petang semalam, Anwar telah pun menafikan lelaki dalam video tersebut adalah beliau.
Rakaman video aksi seks itu ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.
Anwar tiba di ibu pejabat polis Dang Wangi pukul 10.35 pagi dengan ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluar pada 12.05 tengah hari.
Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media, Anwar sekali lagi menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.
“Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karektar dan reputasi saya dan keluarga saya,” kata Anwar dalam laporan polis.
Laporan polis dibuat berikutan kenyataan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki rakaman video seks hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks dan kemudahan SPA.
Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang itu dan isterinya dalam masa seminggu ini.
Ketua Umum PKR itu berkata beliau ada bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa Najib dan Hishammudin terlibat.
“Individu-individu ini telah melakukan bermacam jenayah - fitnah, menakut-nakuktan dan menonton video lucah di umum.
“Bukti saya adalah pembabitan peringkat tinggi, itu sebabnya mengapa tiada tindakan diambil oleh polis?
“Macam mana bahan lucah boleh ditayangkan di umum? (Nampaknya) ada perlindungan polis,” kata Anwar.
Malah Ketua Pembangkang itu berkata reaksi segera Najib, Presiden Umno, yang menafikan pembabitan polis adalah sesuatu yang ganjil.
Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan diri beliau, yang kemunculannya didedahkan semalam.
Rakaman itu didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipertontonkan kepada media semalam.
Anwar telah pun menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.
Sementara itu, laporan Bernama memetik Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis akan menyiasat kes itu sebagaimana prosedur biasa apabila sesuatu laporan polis dibuat.
“Pegawai polis Kuala Lumpur sendirilah yang akan menyiasat jadi apa juga laporan polis kita terima kita akan anggap ia sebagai salah satu proses siasatan biasa,” katanya ketika ditanya sama ada laporan oleh Anwar itu akan disiasat oleh Bukit Aman atau pun kontinjen Kuala Lumpur.
“Tidak ada kita (polis) kata orang tertentu buat laporan perlu siasatan oleh kumpulan tertentu . . . tidak ada,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan “kawasan panas” di stesen monorel Tun Sambanthan di sini.

No comments
Post a Comment