Apa Guna Bina Masjid Sampai 100 Juta Harganya Kalau Arahan Allah Tidak Diikut?

Masjid Cina mercu keunikan syiar Islam

KUALA LUMPUR: Sebuah masjid Cina dan Kompleks Kebudayaan Islam dengan kos RM100 juta akan dibina di Jalan Davis dekat sini, serta bakal menjadi lambang syiar Islam yang universal dan mercu tanda baru di negara ini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata tapak simpanan masjid Cina Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) itu terletak di tengah kota raya dan lokasinya amat strategik sebagai tarikan utama pelancong.

“Walaupun kebanyakan masjid yang ada di negara kita tidak sehebat seperti di negara lain, saya percaya masjid Cina ini berpotensi besar untuk menarik ramai pelancong terutama yang bukan beragama Islam untuk menziarahi masjid yang mempunyai elemen kesenian unik melalui seni bina Cina.

“Bagi sesetengah umat Islam, daya tarikan ini kelihatan seperti biasa, namun bagi masyarakat lain, ia adalah sesuatu yang perlu diketahui secara mendalam dan sewajarnya umat Islam mengambil peluang ini untuk memperluaskan pengetahuan mengenai Islam dan seni melalui pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sijil dan anugerah kepada pemenang peraduan mereka bentuk Masjid MACMA dan Kompleks Kebudayaan Islam anjuran persatuan itu di sini, semalam.

Turut hadir, isteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datin Nafesah Raja Nong Chik; Presiden MACMA, Datuk Dr Mustapha Ma dan Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, C W Boon.

Pada majlis itu, Rosmah menyampaikan anugerah khas rekaan terbaik kepada dua syarikat iaitu Zon Design Rekabina Sdn Bhd dan Ang Wen Hsia & Ang Boo Chung. Masing-masing menerima wang tunai RM30,000 dan sijil penghargaan.


kerja habiskan duit rakyat jer manusia ni! sebab tu ramai penyokong umno suka kat dia. siap mimpi peluk2 lagi haha. bik oh bik

No comments

Powered by Blogger.