Apa Motif Saiful Jumpa Rosmah Untuk Mengaku Di Liwat?

Polis: Saiful temui isteri Najib, dakwa diliwat Anwar

Oleh Boo Su-Lyn


KUALA LUMPUR, 11 Mac — Mohd Saiful Bukhari telah mengadu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2008, demikian menurut pegawai penyiasat polis hari ini.

DSP Jude Pereira berkata beliau ada merekodkan kenyataan Rosmah pada 17 Julai 2008 tetapi tidak merekodkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak selepas kejadian itu didakwa terjadi pada 26 Jun 2008.

Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri.

“Anda mengambil keterangan daripada Datin Rosmah?” soal peguam utama Anwar, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi hari ini.
“Ya, pada 17 Julai 2008,” jawab Jude

No comments

Powered by Blogger.