Apakah masuk syurga pemimpin yang kerjanya mengkhianati Melayu?
Oleh WAN NIK WAN YUSSOF
TAN SRI Muhyiddin Yassin (semasa pilihan raya kecil Galas, November 2010) pernah menyifatkan pimpinan PAS sebagai ‘apa yang mereka buat ‘halal’ yang kita ‘haram’, yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Justeru, Muhyiddin menyimpulkan kerjasama PAS dengan DAP sebagai tiada beza dengan kerjasama Umno dengan MCA.”
Malah Muhyiddin turut memfitnah PAS, ‘bagaimana pula keadaannya bila sanggup bersekongkol dengan bukan Islam sehingga melanggar hukum-hakam agama’.
Apakah hukum yang dikatakan Muhyiddin sudah dilanggar oleh PAS dalam masa berbaik-baik dengan DAP? Apa yang jelas, kenyataan Muhyiddin sudah berupa suatu tohmahan dan tuduhan yang sudah terkeluar daripada akhlak seorang pemimpin negara.
Sikap PAS Pesuruhjaya Pahang dan Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Ceramah Felda Jengka 25, 2 Mac 2011) menegaskan Umno semakin terdesak bila mengatakan “PAS jadi alat DAP” berikutan keengganan PAS berkawan dengan Umno dan memilih DAP untuk bersama berjuang dalam Pakatan Rakyat.
Penjelasan Dato, Tuan Ibrahim, “Umno tuduh PAS kawan dengan Cina DAP sedangkan mereka juga kawan dengan Cina MCA. Mereka tuduh DAP peralatkan PAS (Melayu), padahal Umno itu sendiri diperalatkan oleh MCA.”
“Bukti jelas Umno yang gadaikan kawasan majoriti Melayu kepada Cina MCA. Di Pahang misalnya, kerusi Parlimen Raub milik Umno diserahkan kepada MCA. Begitu juga dengan kerusi Parlimen Kuantan diberikan kepada MCA. Kerusi itu kini diwakili oleh orang Melayu iaitu Fuziah Salleh dari Parti Keadilan Rakyat. Bukankah Fuziah itu Melayu. Maknanya kerusi Melayu bertambah di parlimen.
Soalnya kenapa Umno kata PAS gadaikan perjuangan orang Melayu kepada DAP.”
Justeru, sifat sebenar Umno adalah menganiaya orang Melayu di negara ini semenjak merdeka. Malah turut berlaku selama 20 tahun lalu, di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak pernah mendapat tambahan satu pun kerusi parlimen untuk kerusi orang Melayu. Sebaliknya Umno membenarkan SPR menambahkan kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak yang bukan mewakili kepentingan politik umat Islam dan Melayu. Dalam hal ini, siapakah yang menganiaya orang Melayu di negara ini?”
PAS tidak gadai Islam
Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad sudah menjelas panjang lebar hala tuju, misi dan realiti perjuangan PAS yang kini berdepan dengan cabaran dan serangan persepsi Umno dan kroni mereka. Justeru, PAS tetap bertegas di atas prinsip memelihara dan memuliakan Islam serta memartabatkan perjuangan demi kelangsungan sunnah perjuangan Rasululah s.a.w.
Sehubungan itu, landasan perjalanan PAS sudah diolah oleh kepimpinan PAS tetap tegas dengan dalil-dalil sejarah dan praktikaliti dari apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Misalannya, dalam konteks hubungan dan kerjasama dengan pihak bukan Islam, menurut Ustaz Idris, Rasulullah sendiri pernah mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliyah, iaitu satu persefahaman menentang kezaliman. Termasuk juga sirah hijrah baginda sendiri pernah menggunakan khidmat orang bukan Islam. Jelas PAS tidak mengkhianati sunnah nabi dalam perjuangannya.
PAS tidak menggadaikan prinsip perjuangan Islam dengan kerana berbaik dan membuat political engagement dengan DAP dan KeADIlan. Mana ada masjid dan surau yang ditutup dan diroboh oleh PAS di Kelantan semata untuk menjaga hati DAP.
Sebaliknya, agenda keagamaan Pakatan Rakyat lebih terbuka dengan memperjuangkan hak sama dalam kehidupan beragama. Apa yang dibuat di Kelantan, Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus utuh dengan misi mengharmoni hubungan antara agama dan kaum. Pembinaan masjid Beijing dengan reka bentuk Cina merupakan simbol keharmonian demi merapat sentimen perkauman yang tegang asuhan Umno-BN selama ini. PAS tidak mengkhianati Melayu dan Islam dalam projek seumpama masjid itu.
Malang sekali, Umno yang bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu seperti MCA, MIC, dan Gerakan serta PPP, telah bertindak biadab dengan agama, antaranya tatkala Umno-BN kembali berkuasa di Terengganu 2004, sebuah masjid di Kg Bujal Kemaman telaah dirobohkan. Tidak padan dengan itu, kerakusan menghina agama Islam turut melibatkan ke atas Surau Kampung Berembang, Ampang Jaya, diikuti dengan menutup Surau al Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007, dan menutup surau di Puchong Perdana. Kesemuanya mempamerkan gelagat pemikiran dan social action pemimpin Umno yang mengkhianati Islam! Umno tidak pernah memakai prinsip Tahalluf Siyasi dalam berpakat dengan parti bukan Islam.
Formulasi politik Islam tidak pernah dipakai oleh Umno. Berbeza dengan politik Islam dibawa PAS yang membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas dan harmoni. Atas prinsip ini, ramai pimpinan DAP dan KeADILan dari kalangan bukan Islam sudah berharmoni dengan sistem Islam.Pembudayaan Islam sudah wujud sebahagian mereka. Apakah keharmonian sedemikian dikatakan mengkhianati Islam?
Mengkhianati Melayu Kelantan
Paling menakutkan umat Islam ialah tindakan tidak demokratik, bercanggah dengan kerukunan negara bertamadun, apabila kerja seharian para pemimpin Umno mengutuk dan menzalimi umat Islam serta rakyat Kelantan. Saban hari akhbar dan TV melangsungkan perbuatan mereka, sehingga menggambarkan apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan Kelantan buruk belaka.
Justeru itu terserlahlah perbuatan terkutuk mereka. Antaranya menafikan hak royalti minyak dari Petronas untuk rakyat Kelantan yang 95 peratus adalah Melayu.
Malah seketika pada zaman Dr Mahathir telah tidak menghormati maruah negara dan kedaulatan Kelantan dengan menafikan pendaratan sumber gas dari perut bumi zon bersama Kelantan- Thailand yang perairannya paling dekat dengan Kelantan, tetapi dipindahkan pendaratan gas itu di Songkhla Thailand. Paling tidak munasabah, sumber gas tersebut telah disalurkan ke Changlon Kedah dari Songkhla. Ia suatu tindakan mengkhianati. Apakah pengkhianatan sebegitu (tidak menjaga hak dan maruah negarabangsa) tidak boleh disifatkan berdosa kerana?
Demikian pula tindakan pemimpin Umno dalam kerajaan Pusat yang menganak-tiri Kelantan dari arus pembangunan negara turut berlaku. Antaranya sebanyak 118 lokasi projek sudah diluluskan dan telah dibuat pengambilan tanah mengikut keperluan Kerajaan Pusat demi kepentingan awam.
Namun sehingga kini, 118 projek itu tidak dimajukan dan ada yang terbengkalai dan mengalami kelewatan yang nyata.
Di antara berlaku di jajahan (baca daerah) Gua Musang adalah yang paling luas tanahnya diambil kononnya untuk memajukan 5 projek di atas tanah seluas 185 hekter. Di Kuala Kerai melibatkan 95 hektar tanah dikhaskan untuk 22 projek. Di Bachok pula melibatkan seluas 64 hektar tanah yang kononnya untuk memajukan 10 projek. Apakah tindakan menganaktiri dan menangguh projek pembanguan untuk umat Islam dan rakuyat Kelantan itu halal di sisi Islam?
Umno juga memerintah negara dengan melakukan amalan kewangan yang tidak telus, terutama di dalam tanggungjawab membayar capitation grant untuk rakyat Kelantan. Pembayaran dibuat tidak mengikut jadual dengan niat ingin mendera rakyat Kelantan yang menolak Umno pada 1990.
Demikian lagi, dalam isu membangunkan bekalan air di Kelantan yang dilayan sebagai memberi pinjaman bukannya geran. Sedangkan di negeri yang diperintah BN, pembiayaan projek pembangunan air diberi secara grant bukannya pinjaman. Apabila pinjaman, interest atau bunga untung sudah dipaksa bayar. Apakah perbezaan layanan ini sudah dianggap adil dan tidak mengkhianati Kelantan?
Demikian juga rakyat Kelantan dinafikan menikmati tempat tinggal perumahan awam kos rendah. Pihak pemimpin Umno telah memperkudakan peruntukan kerajaan Pusat dengan mengalihkan hak rakyat Kelantan ke negeri lain.
Walhasilnya kerajaan Kelantan disekat daripada menerima peruntukan perumahan awan kos rendah. Langsung mereka menghentam kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai kerajaan yang tidak prihatin rakyat miskin. Menyebabkan Kelantan terpaksa berdikari melancarkan kehendak perumahan rakyat melalui penyediaan dana sendiri memajukan projek rumah dhuafat, bantuan rumah dan projek rumah mampu milik. Tidakkah sikap pemimpin Umno sebegitu sebagai mengkhianati rakyat miskin?
Demikian sedikit coretan bagaimana memahami kerosakan perjuangan Umno bersama BN yang mempersoalkan perjuangan PAS dalam konteks agama, syurga dan neraka. Meskipun Umno mendakwa banyak kebaikan yang dilakukan, namun kebalikannya, ada kebaikan dan ada keburukannya. Antara keburukan itu ialah mengkhianati orang yang tidak sehaluan dengan perjuangan mereka.
Justeru harus dipersoalkan, apakah masuk syurga seseorang pemimpin itu yang kerjanya sentiasa mengkhianati bangsa, agama dan negaranya sendiri? Itulah wajah perjuangan Umno masa kini.
■ Penulis adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan.

No comments
Post a Comment