BN Kekalkan Kerusi DUN Kerdau

TEMERLOH, 6 Mac (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2,724 undi.

Syed Ibrahim, 44, memperoleh 5,060 undi manakala Hassanuddin, 43, mendapat 2,336 undi.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam.

Sebanyak 90 kertas undi ditolak.

Sejumlah 7,486 pengundi atau 83.20 peratus daripada 8,999 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi berkenaan dimenangi calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim, dengan majoriti 1,615 undi.

2 comments

leekonyou said...

Petanda petanda BN-Buang N.ajis Buang Nuar bila PRU13 lak.Calon 3R Hasaanudin dikekalkan jadi 4R lak..Alhamdulilah Tahniah Barisan Nasional.Jahanae jahanae Parti HamPas dan Parti Keletong Rakyat.

tungkaran hati.blogspot said...

syukur alhamdulillah dengan kekalahan ini...semoga PAS kembali kepada perjuangan asal tanpa adanya Nik Aziz, PKR dan DAP.

Powered by Blogger.