Bodohnya Artis: Maaf, Saya Tak Perasan Pakaian Ni Seksi Sampai Nampak Sisi Payudara

http://www.mstar.com.my/archives/2011/3/20/mstar_hiburan/mieraliyana.jpg

Miera Leyana

KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya.

Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.

“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu.

Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.

“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama,” akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal.

4 comments

mangchikla said...

Kesian kat mak ayah nko. Penat diorang menjaga nko dari kecik hingga beso panjang nko jadi camni. sedey jerw... Tobat nasuha jer la... mmg manusia jenis buat dosa tapi cepa2 la mintak ampon ek..

asparagus said...

lg ok la dr org yg xreti jge kebersihan,buang smpah merata2,isap rokok pas tu puntung buang cmtu je,padahal tong sampah kt sebelah..bawak keter cm haram,cmner xaccident je kejer,lg byk pd negara spt jerman.cmne?tau sibuk sal hal org len padahal diri sendiri pn xelok,ni lah manusia..

Anonymous said...

tak nampak pun? kalo nampak kat tepi nenen saja nak buat apo? lagi pun bukan tak biasa...boleh di lihat tetapi jangan dipegang..

aryatt said...

komen asparagus mmg world,..
klu 'kaedah' ko tu digunapakai,.. semua dosa kita leh buat.. buat sesuka hati mak bpk kita,.. lps tu just comparekan ngan dosa atau kesalahan yg lbh besar dr itu,.. kowtim,..

cth; 'tak salah klu nk merogol,.. sbb itu lbh baik dari kita rogol lps tu bunuh n bakar mayat mangsa,..

beres,.. sifir org tak blajar agama,.. dosa adalah dosa der,..

Powered by Blogger.