Elak debat tanah adat, Baru Bian anggap Taib Mahmud pengecut
KUCHING: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian menyifatkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai pengecut kerana enggan berdebat mengenai rampasan tanah adat di Bumi Kenyalang.
Beliau berkata, Taib Mahmud terkeluar dari ciri-ciri kepimpinan kerana Ketua Menteri Sarawak hanya berani menuduh tetap enggan pula berdepan untuk mempertahankan hujahnya.
“Saya mempelawa Taib berdebat kerana beliau mengatakan kononnya kerajaan BN tidak pernah merampas tanah rakyat, malah mendakwa isu tanah sebagai lapuk.
“Tindakannya mengheret Adenan yang tiada kena-mengena dalam hal ini membuktikan Ketua Menteri paling lama di Malaysia itu sebagai pengecut dan bukan anak jantan,” katanya.
Konvensyen KEADILAN Sarawak berlangsung di Batu Kawah berdekatan Kuching, semalam.
Baru Bian berkata demikian mengulas tindakan menghantar Penasihat Khas di Jabatan Perdana Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem untuk berdebat dengannya sedangkan cabaran itu dituju kepada Taib Mahmud.
Pada 27 Februari lalu, Taib Mahmud dilapor berkata kerajaan BN Sarawak tidak pernah merampas tanah rakyat di negeri itu dan turut menyifatkan isu melibatkan tanah sebagai kes lapuk.
Baru Bian pada hari sama, kemudian mencabar Taib Mahmud untuk berdebat dengannya mengenai perkara berkenaan.
Sebaliknya, Pengerusi BN Sarawak itu meminta Baru Bian membuktikan terlebih dahulu membawa contoh kes berhubung rampasan tanah sebelum berdebat. Baru Bian, bagaimanapun menyahut cabaran Taib Mahmud yang mahukannya mengemukakan bukti.
“Bermula 10 Mac lalu, saya mendedahkan bukti seperti yang diminta Taib Mahmud. Jika tetap enggan, saya akan mendedahkan satu bukti setiap hari hingga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar,” kata Baru Bian.
Sejak 1 Mac lalu, ribuan rakyat menyertai ‘fan’ yang dibentuk di laman sosial facebook dengan nama ‘We want to see Taib Mahmud – Baru Bian debate’.
Mandat pemerintahan kerajaan negeri ketika ini, berakhir pada 24 Julai depan.

No comments
Post a Comment