Himpunan Bersih 2 awal Jun jika tiada jaminan pilihan raya bersih
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 11 Mac — Himpunan Bersih 2 diadakan Jun ini jika pentadbiran Najib gagal memenuhi tiga tuntutan utama dan melakukan transformasi ke arah sistem pilihan raya adil dan telus, kata Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi.
Nasrudin memberitahu, pihaknya memberi tempoh sehingga 1 Mei ini untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) memenuhi tiga tuntutan utama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi termasuk menghapuskan undi pos, membenarkan parti politik untuk akses media elektronik dan media arus perdana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus bertindak sebagai “orang tengah” yang adil dan telus.
“Kita mahu tiga tuntutan utama ini dipenuhi dan kita mahu satu komitmen daripada kerajaan agar undi pos ini dihapuskan ... ini yang kita buat sejak dulu tapi sehingga kini masih tiada perubahan dan kita mahukan undi pos ini dihapuskan secara keseluruhan kerana ia sudah tidak relevan lagi.
“Kita juga mahu komiten kerajaan supaya parti politik diberi ruang untuk akses media sama ada media elektronik atau media arus perdana kerana apa yang berlaku sekarang ia dikuasai Umno-BN, jadi kita desak supaya semua parti politik diberi peluang untuk bercakap termasuk dalam televisyen.
“Yang ketiga kita minta agar SPR benar-benar jadi orang tengah bukan jadi orang yang berlagak jadi orang tengah tapi cenderung bagi memastikan kemenangan pihak yang lain, kita mahu SPR betul-betul telus dan adil,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelas beliau, kerajaan pimpinan Najib perlu melakukan perubahan untuk menjamin satu pilihan raya yang adil terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13.
“Ia tiga perkara utama yang kita minta, kita mahu supaya ada perubahan sebelum pilihan raya umum ke-13 dan kita harap ia akan jadi satu demokrasi yang sama rata bagi parti politik yang bertanding nanti.
“Ini kerana sehingga hari ini kita tidak berpuas hati kerana bersaing atas padang yang tidak sama rata, sebagai contoh media yang mana BN menguasai semuanya tapi bagi kita (Pakatan Rakyat) hanya menggunakan cara manual iaitu melalui ceramah-ceramah dan penyebaran risalah tapi BN boleh gunakan media elektronik dan media arus perdana,” katanya.
Tambah, Nasrudin sekiranya kerajaan BN gagal memberikan komitmen untuk melakukan perubahan sehingga 1 Mei ini, Himpunan Bersih 2 akan digerakkan.
“Kita bagi tempoh sampai 1 Mei ini, andai mereka (kerajaan BN) gagal beri komitmen untuk membuat perubahan maka kita akan bangkit membantah secara aman sebagai langkah untuk menyedarkan mereka.
“Kalau kerajaan adalah kerajaan yang demokratik, maka tiada sebab mereka tak boleh memenuhi permintaan kita ini, ini adalah tuntutan normal yang menetapi prinsip demokrasi dan sekiranya kerajaan enggan melakukan perubahan ini bermakna kerajaan memperlekehkan hak rakyat,” katanya.
Jelas beliau, kerajaan perlu memenuhi ketiga-tiga tuntutan tersebut sekiranya tidak mahu Himpunan Bersih 2 diadakan.
“Kerajaan perlu penuhi ketiga-tiga tuntutan kita ini, kalau salah satu tidak dipenuhi kita tetap akan gerakkan Himpunan Bersih 2.
“Permintaan kita ini bukan sukar, hanya untuk keadilan dan mewujudkan ruang untuk semua parti pada pilihan raya umum ke-13,” katanya.
Himpunan Bersih 2 turut akan melibatkan kerjasama Pakatan Rakyat, katanya lagi.
Parti-parti politik yang membentuk Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan mengadakan himpunan seumpama itu pada 2007, beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

No comments
Post a Comment