Kerdau : Bukakan mata Umno-Bn degan undi PAS kali ini !

Wawancara

Kekalahan tipis PAS di DUn Kerdau dalam PRU lalu, menyemarakkan lagi semangat petugas.Beberapa isu tempatan dijadikan sandaran.Rasa cemas Timbalan Presiden Umno tentang kekuatan PAS,patut diambil kira.Ikuti interbiu wartawan kanan Harakah bersama calon PAS bagi PRK Dun Kerdau, Hasanuddin Salim di Pusat Media Induk PAS Kerdau.

Wartawan : ini merupakan kali kedua saudara wakili dun kerdau sebelum ini 2008 berjaya krangkan jurang majoriti, kali ini sekali lagi mewakili parti di sini, apa perasaan dan komen saudara?

Hasanuddin : Saya ucapkan terima kasih diatas kepercayaan tinggi yang diberi kepimpinan parti yang memberikan peluang kepada saya untuk mewakili PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau, saya akan usahakan yang terbaik menjadikan PAS Pakatan Rakyat pilihan rakyat di Dun Kerdau.Ada suara-suara dari pimpinan BN yang menyatakan kononnya saya ini calon 'recycle' (kitar semula), saya nak tegaskan bahawa, lihat sahaja menteri-menteri BN, seperti Dato' Seri shahrizat Abdul Jalil, yang kalah tetapi diguna semula untuk menjadi menteri, ramai lagi yang diguna semula walaupun beberapa kali telah kalah dalam pilihan raya, termasuk Timbalan Menteri Kewangan Dr Awang Adek Hussin.

Soalan : Saudara adalah anak kelahiran Temerloh, di Kampung Loyang Sanggang.Saudara telah dua kali bertanding di sini termasuk kali ini, dan bagaimanakan hubungan saudara dengan masyarakat di sini?

Hasanuddin : Sebenarnya hubungan saya dengan masyarakat Kerdau telah lama bermula, sebahagian besar masyarakat di sini adalah saudara-mara saya.Banyak isu disini, pertamanya golongan muda mereka ketandusan dan tidak ada tanah untuk mereka diami, tidak ada projek pembangunan perumahan disediakan untuk generasi muda membelinya di sini.Mereka ini terpaksa menumpang di rumah ibu bapa masing-masing, yang kerja dengan kerajaan dan swasta yang boleh meminjam dengan bak, boleh beli rumah di Temerloh, tetapi ramai lagi yang kerja kampung terpaksa tinggal di rumah orang tua dengan keadaan tidak selesa.

keduanya saya mahu sebutkan, selepas saya diberi amanah bertanding dalam pilihan raya umum 2008, masyarakat Kerdau sangat rapat dengan saya, mereka ada suatu kefahaman terhadap perjuangan PAS kerana sebelum ini, minda mereka tertutup dan hanya menerima pandangan Umno sahaja. Kesan selepas pilihan raya umum 2008 yang man saya terus menyantuni mereka, kita boleh jumpa dan bincang dengan mereka termasuk ketua-ketua masyaraiat, kita boleh bersama-sama bertemu dan berukar-tukar pandan

Soalan : setiap kali adanya pilihan raya, kita dapat melihat BN melanggar undang=undang, mereka sediri tidak hormati undang-undang, apa pandangan saudara?

Hasanuddin : Antara sebab mengadapa saya terlibat dengan politik dan sehingga saya terpilih menjadi calon PAS ialah bermula dari kesedaran saya melihat asyarakat luar bandar seringkali dimanipulasi dan ditipu oleh parti pemerintah.Penipuan ini lebih-lebih lagi berlaku terutamanya setiap kali adanya pilihan raya sejak 53 tahun dahulu.Umno-BN yang menerajui negara sengaja mencorakkan pemikiran rakyat terutamanya penduduk luar bandar yang bergantung hanya kepada media arus perdana kononnya Umno itu kerajaan dana kerajaan itu Umno, ini yang saya perjuangkan di Kerdau dan di Parlimen Kuala Krau sebab ini perkara yang rakyat perlu disedarkan, bangunkan mindanya menjadikan mereka bijak politik untuk tahu menentukan masa depan mereka, mampu membezakan .Bagi saya kerajaan patut beri ruang luas kepada demokrasi untuk kebaikan pengundi luar bandar,

Soalan : Jumlah pengundi Dun Kerdau ialah hampr 9000, dan 38.4 peratus pengundi muda, adakah dasar dikemukakan PAS dan Pakatan Rakyat di Kerdau mampu membuatkan anak muda menyokong PAS?

Hasanuddin : saya melihat satu perkembangan baik di Kerdau ini kerana jentera dan saya sendiri meneruskan usaha mendidik rakyat di sini sepanjang selepas pilihan raya umum 2008, kita sentiasa mendekati masyarakat di Kerdau, anak mudanya kita bersama dan ajar mereka apa itu demokrasi dan politik yang betul agar masa depan mereka ini akan jauh lebih cerah.

Soalan : Bagaimana hendak dimatangkan minda masyarat Kerdau yang mana kini mereka berdepan dengan wang..wang..wang oleh Umno-BN?

hasanuddin : Setiap kali kita hadapi PRK ialah berdepan dengan BN yang datang dengan wang tetapi dlama prk ini saya yakin hubungan baik hentera kita dan masyarakt di kerdau, dan saya sendiri srta bekas calon Parlimen Kuala Krau, Ustaz KJamal Shaari sering turun bertemu dengan masyarakat di Kerdau ini untuk menyelami masalah mereka, bukan sahaja sekarang ini, tetapi selepas pilihan raya umum 2008 lalu.saya yakin dapaty seikit sebanyak memberi keyakinan kepada rakyat sini beri undi kepada pas, seperti yang dipesan Tok Guru Menteri Besar kelantan, beri gula kacau, beri kain pakai, bagi apa sahaja yang diberi Bn ambil tetapi undi tetap undi PAS, kita teah tanamkan isu ini do Kerdau.

kenaikan barang keperluan dan perkhidmatan mutakhir ini akan menjejaskan masyarakat terutamanya golongan luar bandar.Dalam PRK, tiba-tiba Bn datang dengan wang, apakah ia memberi kesan kepada pengundi di sini?

Hasanuddin : Berkaitan dengan isu ini masyarakat di Kerdau ini, sejurus selepas PRU-2008, kita telah memberi kefahaman yang jelas jika BN datang dengan wang, dan menyuap mereka dengan wang bantuan, kita telah tanamkan bahawa inilah bantuan yang hanya sementara sahaja, selepas pilihan raya mereka tidak akan dapat bantuan demikian.Ada kes Umno-BN datang sewa rumah dalam pilihan raya kecil Dun Sanggang pada awal tahun 2000, namun sebaik habis pilihan raya kecil itu dan Bn menang, mereka yang hanya dibayar deposit sahaja sewa rumah oleh Umno, akhirnya tidak mendapat bayaran penuh.Mereka ini telah merasakan mereka tertipu.untuk pengetahuan semua, kawasan Kerdau dulunya juga di bawah Dun Sanggang,dan mereka ini telah terkena dengan janji-janji manis Umno-BN.Formula saya mudah, mereka jangan lagi percaya dengan Umno-BN, sebaliknya memberi tekanan kepada Umno-BN dengan mengundi PAS dalam pilihan raya kecil nanti.Ianya akan membawa kepada perubahan minda pemimpin BN untuk lebih berhati-hati selepas ini.

Soalan : Dun ini meliputi kawasan pingir bandar, luar bandar dan Felda, bagaimana saudara melihat amanah untuk memenangi hati pengundi ini?

Hasanuddin : Pertamanya saya melihat kepentingan apakah PRK Dun Kerdau ini ialah, sebagai langkah permulaan PAS dan Pakatan rakyatuntuk kita berjaya dalam PRU-13.Ia juga adalah suatu kepentingan semua masyarakat di Dun ini untuk memberi undi kepada PAS supaya kerajaan Umno-BN yang ada hari ini memberikan perhatian langsung kepada masyarakiat di sini.Jika masyarakat di Kerdau ini sedar, Umno-BN akan segera bangun dari tido mereka yang sekian lama terlena, mereka akan perhatikan kepada semua segmen masyarakat.Untuk itu, PAS akan sentiasa menyelami hati nurani masyaraka di sini khasnya, dan Pahang amnya.Namun sudah pasti Umno-BN akan mempertahankan kuasa dengan mereka akan datang untuk selepas ini memperbaiki khidmat kepada masyarakat di sini.Itu adalah kesan awal jika pengundi bijak dengan memilih PAS.

Kawasan ini memiliki hanya sekitar tidak sampai 20 peratus pengundi bukan Islam, bagaimana mungkin saudara merasakan bahawa pengundi bukan Islam khasnya Cina akan terus mengundi PAS?

Hasanuddin : Sokongan pengundi bukan Islam kepada PAS semakin hari semakin baik.begitu juga di Kerdau ini, sokongan pengundi Cina dan India dapat kita rasakan tidak akan menjadi suatu maslaah besar kepada PAS untuk dikekalkan.Ini kerana kita ada hubungan rapat dengan mereka, dan di sini kita mendapat kepercayaan baik dari masyarakat India dab Cina.Namun tidak saya nafikan, sokongan orang asal mungkin ada masalah, tetapi kita akan terus berusaha memperjuangakan hak masyarakat orang asal ini, seluruh Kerdau dan pPhang tiada pewartaan kawasna orang asal sebenarnya.Mereka ini terdedah kepada penerokaan hutan yang menjadi lokasi tempat tinggal mereka oleh tangan-tangan ghaib yang mana dibelakangnya ialah pemimpin Umno-BN.Ini hanya akan menyebabkan orang asal susah, mereka perklu kesedaran ini dan beralih kepada PAS,

Soalan : Akhirnya apa mesej dan pesanan yang mahu disampaikan oleh saudara kepada pengundi di Kerdau ini?

Hasanuddin : Marilah bersama buat perubahan di Kerdau sebagai permulaan, dan ini penting bagi membuka mata kerajaan pemerintah agar mereka melihat kebajikan rakyat di Kerdau ini.Sebenarnya masyarakatdi sini perlukan khidmat kepimpinan kerajaan untuk membela, dan bukannya pimpinan perlu menjadi pujaan, tetapi khdmat bakti kepada rakuyat.Disebabkan itu PAS datang untuk menawarkan perubahan kepada masyarakat.InsyaAllah saya yakin kita boleh membuat kejutan untuk menumbangkan BN.

No comments

Powered by Blogger.