Kronologi pilihan raya kecil N28 Kerdau

KERDAU : Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kerdau bermula hari ini di mana 8,999 pengundi berdaftar di kawasan itu akan membuat pilihan bagi menentukan wakil rakyat mereka di Dun berkenaan.

Proses pengundian bermula pada jam 8 pagi apabila pusat pengundian dibuka secara rasmi. SPR menguatkuasa had sempadan sejauh 50 meter bagi memisahkan penyokong parti yang bertanding.

Calon Pas, Hassanuddin Salim membuang undi di Telok Sentang manakala lawannya Syed Ibrahim Syed Ahmad pula membuang undi di Kuala Tekal.

Selepas membuang undi, Hassanuddin dilihat melawat ke pusat-pusat pengundian bagi bertemu dengan penyokong Pakatan Rakyat, antaranya di Desa Murni, salah satu kawasan peti undi yang dilihat bakal memenangkan Pas.

Beliau bertemu kira-kira 200 penyokong Pakatan Rakyat dan turut menyapa kira-kira 100 penyokong Umno yang berkumpul di situ. Pada pilihan raya umum lalu, BN hanya menang dengan majoriti tipis di kawasan berkenaan.

Kira-kira pukul 10.30 pagi tadi, peratusan keluar mengundi dilaporkan mencecah 40 peratus.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilapor berkata, sekiranya jumlah keluar mengundi lebih 50 peratus menjelang tengahari, beliau yakin jumlah keseluruhan keluar mengundi akan mencecah 80 peratus.

Pilihan Raya Kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Febuari lalu akibat serangan jantung.

Biarpun berdepan dengan pelbagai serangan dari Umno-BN, termasuk kempen secara kotor, Pas dijangka berpeluang untuk memenangi kerusi berkenaan dengan mendapat sokongan pengundi muda.

1:56 pm : Jumlah keluar mengundi hingga jam 1 tengahari telahpun mencapai 71.86% iaitu 6,467 pengundi.

1:00 pm : Biarpun di kebanyakan kawasan lain dalam suasana rehat, namun di SMK Kerdau, keadaan masih seperti awal pagi tadi. Perayu undi dan penyokong masih setia berpanas ditepi jalan dan masih saling berbalas sorakan sejak awal pagi.

Tinjauan mendapati kawasan ini adalah paling ramai dan menjadi tumpuan perayu undi berkumpul berbanding tempat-tempat lain.

12:58 pm : Jumlah keluar mengundi hingga jam 12 tengahari ialah seramai 5,874 orang – 65.29 peratus.

12:30 pm : Kebanyakan perayu undi kini sedang berehat. Suasana tengahari kelihatn tenang. Pengundi juga dilihat berkurang namun dijangka ramai sebelah petang.

12:11pm : Di Sek Keb Kuala Kerdau suasana tenang di sini. Kedua-dua penyokong berada pada jarak lebih kurang 50m. Masing-masing sedang berehat dibawah khemah yang disediakan.

Di SK Paya Taram. Petugas dan penyokong muslimat mula berhenti rehat untuk makan tengahari.

12:06 pm : SK Paya Taram: Petugas dan penyokong muslimat mula berhenti rehat untuk makan tengahari. Petugas dari parti DAP juga turut serta di SK Paya Taram, Kerdau

12:04 pm : KERDAU Jumlah keluar mengundi hingga jam 11 pagi ialah seramai 4,890 orang – 54.34 peratus.

11:48 am : Sek Keb Paya Taram: Kekecohan hampir tercetus ketika kehadiran Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai. Kehadiran beliau disini dicemuh penyokong DAP dengan laungan ‘MCA perosak Malaysia’ sebagai melawan laungan ‘Satu Malaysia’ penyokong BN.

Keadaan itu kemudiannya mencetuskan perang mulut antara penyokong China DAP dan MCA sehingga hampir bertumbuk, namun ditahan anggota polis.

Menteri berkenaan kemudiannya beredar.

11:42 am : KERDAU Di Sek Keb Paya Taram: Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohd Nor Mohamad dan kumpulannya berada di sini sejak awal pagi.

“Pengundi di pusat ini adalah majoriti kaum Cina, jika peratusan keluar mengundi di sini tinggi, tidak mustahil berlaku kejutan”.

Turut berada di sini petugas dari DAP dan Keadilan membantu merayu undi.

11:41 am : Keadaan di pusat pembuangan undi SK Paya Taram tenang. Penyokong kedua-dua pihak diletakkan pada jarak 150m dari pintu pagar pusat mengundi.

Keadaan di sini tenang, dan para penyokong setengahnya berehat dan makan tengahari yang disediakan parti masing-masing.

10:59 am : Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin peluang kemenangan PAS.

“Berdasarkan usaha yang kita dah buat dan respon yang kita dapat, saya yakin kejutan boleh berlaku di sini,” katanya.

“Saya harap pengundi luar akan balik mengundi khususnya di kawasan Felda,”

“Walaupun ada sedikit kekecohan di beberapa tempat, keadaan masih terkawal. Biasalah penyokong saling cabar-mencabar”.

“Kita mengharapkan 85% keluar mengundi hari ini”.

“Dengan cuaca agak baik, pengundi mula ramai keluar mengundi berbanding pagi tadi,” jelasnya berpuas hati dengan keadaan proses mengundi setakat ini.

10:58 am : Antara warga emas yang turun menunaikan tanggungjawab di pusat pembuangan undi SMK Kerdau.

Calon Pakatan Rakyat Hasanuddin Salim

10:52 am : Trak FRU yang di bawa masuk di pusat pembuangan undi SMK Kerdau.

10:50 am : Peratus keluar mengundi setakat jam 10 pagi adalah sebanyak 36.25 peratus atau seramai 3,262 orang.

10:46 am : Polis bagaimanapun mengarahkan individu berkenaan tidak lagi mengangkat akhbar tersebut setelah mencetus kemarahan penyokong lawan.

10:45 am : Pelbagai kaedah rayu undi dibuat, termasuk menayangkan muka depan sebuah akhbar mengaitkan skandal seorang Timbalan Menteri.



10:08 am : Di SMK Kerdau Polis bertindak menjarakkan kedua-dua penyokong di kedua-dua belah jalan kerana menyekat laluan kenderaan membawa masuk pengundi.

9:54 am : Anggota FRU memperketat kawalan di SMK Kerdau.

9:53 am : SMK Kerdau: Anggota keselamatan terus mengetatkan kawalan. Kedua-dua penyokong saling berbalas sorakan dan ada yang cuba melakukan provokasi.

9:50 am : Calon PAS, Hassanuddin Salim menunjukkan isyarat bagus, tanda puas hati dengan proses pengundian setakat ini.

9:47 am : Calon PAS kini menuju ke SK Kuala kerdau.

9:46 am : “Saya yakin kita boleh mencapai kemenangan. Saya harap petugas dan pihak keselamatan dapat menjaga keadaan harmoni sepanjang proses pembuangan undi,” kata Hassanuddin.

9:42 am : Hassanuddin meninjau proses pembuangan undi di SMK Kerdau.

9:38 am : Calon PAS, Hassanuddin Salim ketika tiba di SMK Kerdau.

9:32 am : Hampir 200 penyokong PAS dan BN berada di SMK Kerdau. Tempat ini menjadi tumpuan selepas kekecohan berlaku sebentar tadi. Calon

tiba di sini jam 9.28 pagi tadi dengan menaiki motosikal. Beliau bertemu pengundi dan perayu undi termasuk dari BN sebelum masuk ke pusat pengundian.

Ditanya komen proses pengundian hari ini beliau berkata “Respon sangat baik diterima dari rakyat setakat ini, dan saya harap ianya berterusan”.

9:18 am : FRU mengawal keadaan di SMK Kerdau.

9:17 am : Keadaan kembali tenang, namun anggota keselamatan masih berkawal disini.

9:13 am : Semakin ramai anggota polis mengawal di sini, penyokong diarah tidak melakukan provokasi kepada penyokong lawan.

9:09 am : Kekecohan yang dilaporkan sebentar tadi berlaku di jalan Tok muda Malek, laluan menuju ke Sek Men Keb Kerdau.

9:03 am : SMK Kerdau: Keadaan hampir mencetuskan pergaduhan namun ditenangkan oleh anggota parti masing-masing. Pasukan FRU kini dikerah berkawal di sini.

9:01 am : Para perayu undi saling berbalas sorakan disamping mengajak pengundi yang melalui jalan tersebut mengundi parti masing-masing.

Berlaku sedikit kekecohan di hadapan sek ini apabila penyokong BN mendekati kumpulan penyokong PAS sambil melaungkan sesuatu.

8:59 am : Suasana penyokong yang mula memenuhi bahu jalan di pusat pembuangan undi SMK Kerdau.

8:49 am : SMK Kerdau: Perayu undi dari kedua-dua belah pihak memenuhi kedua belah jalan menuju pintu masuk.

8:19 am : Calon PAS, Hassanuddin Salim akan memulakan lawatan ke tempat mengundi jam 8.20 pg di Sek. Keb. Paya Taram

8:00 am : Pusat pembuangan undi mula dibuka.

7:55 am : Proses pembuangan undi bagi PRK Kerdau berlangsung hari ini.

No comments

Powered by Blogger.