La Gerakan Ada Rupanya Kat Peneng? Macam Ni Punya Nak Tibai LGE? Malu Je Beb!

Guan Eng didakwa cuba laga rakyat dengan Pusat

GEORGETOWN: Dakwaan kerajaan Pulau Pinang kononnya ia dipinggirkan daripada arus pembangunan nasional adalah percubaan kerajaan negeri untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap Kerajaan Pusat.

Naib Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan, berkata kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sering mendakwa Pulau Pinang dipinggirkan oleh Kerajaan Pusat adalah taktiknya berpolitik bagi menimbulkan rasa kurang senang rakyat negeri ini.

“Guan Eng sedang cuba mewujudkan konflik antara rakyat Pulau Pinang dan Kerajaan Pusat dengan mengeluarkan kenyataan bahawa negeri ini diabaikan. Ia adalah taktik politik bagi meraih sokongan orang ramai.

“Hakikatnya, Guan Eng yang kerap menimbulkan masalah apabila Kerajaan Pusat mahu membawa pembangunan ke sini menerusi pelbagai projek seperti monorel, Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) dan sebagainya,” katanya.

Hock Nan yang juga Pengerusi GERAKAN negeri berkata demikian pada sidang media bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di sini, semalam.

Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata Guan Eng adalah seorang ketua yang tidak pandai mentadbir dan bertindak menutup kelemahannya dengan membuat dakwaan berkenaan.

“Kegagalan Guan Eng sebagai Ketua Menteri cuba dialihkan daripada perhatian rakyat Pulau Pinang dengan mengeluarkan kenyataan mengkritik Kerajaan Pusat secara berterusan,” katanya.

Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, Kerajaan Pusat sentiasa membantu negeri ini melalui projek pembangunan yang disalurkan menerusi enam geran yang diperuntukkan mengikut Perlembagaan Persekutuan.


kesian kat ko dan gerakan. macam orang dah kena stroke! tunggu masa je

No comments

Powered by Blogger.