Liow: Kerajaan pastikan makanan diimport dari Jepun selamat
PUTRAJAYA, 14 Mac – Kementerian Kesihatan akan memastikan makanan yang dimport dari Jepun selamat digunakan dan tidak terdedah kepada kesan radiasi akibat kebocoran di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi ekoran gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia mengimport 48,456 tan metrik barangan makanan dari Jepun setiap tahun, antaranya ikan, buah-buahan, makanan bijirin dan minuman serta barangan makanan dalam tin.
“Kementerian mengikuti rapi perkembangan kesan kebocoran radiasi di Negara itu dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak ada makanan yang terdedah kepada radiasi akibat kebocoran di loji janakuasa di bawa masuk ke negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet kementerian itu di sini hari ini.
Sementara itu, mengenai kes jangkitan Andenovirus di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol), Liow berkata sehingga pukul 5 petang semalam seramai 35 orang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan dua daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Jumlah pelatih yang menjalani pengasingan ialah 673 orang dengan 573 orang tidak menunjukkan simptom demam dan hanya menunggu masa untuk dikeluarkan dar pengasingan,” katanya.
Setakat ini, penularan Adenovirus itu menyebabkan seorang pelatih di pusat latihan berkenaan, Mohd Azizan Aziz, 21, meninggal dunia 8 Mac lepas.
Menenai Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA semalam yang meluluskan usul menangguhkan pemilihan parti, Liow yang juga Timbalan Presiden MCA berkata keputusan sebulat suara itu jelas menunjukkan kematangan perwakilan dari seluruh negara bagi merealisasikan agenda parti.
EGM semalam adalah untuk menangguhkan pemilihan parti bagi membolehkan parti itu memberi tumpuan kepada persedian menghadapi pilihan raya umum akan datang. – Bernama

No comments
Post a Comment