Madhuri Dixit jadi duta beras basmati

NEW DELHI: Diva Bollywood, Madhuri Dixit dilaporkan bakal menjadi duta global bagi jenama beras basmati Bush Foods, Neesa.

“Madhuri Dixit akan menjadi wajah global untuk jenama kami, Neesa. Kami akan melancarkan satu kempen melalui televisyen dan media cetak ke seluruh dunia tidak lama lagi yang akan memaparkan beliau,” kata Virkaran Awasty, pengerusi yang juga pengarah urusan Bush Foods.

Ketika mengesahkan perkara itu, Madhuri Dixit berkata: “Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Bush Foods sebagai duta global mereka bagi jenama beras basmati klasik, Neesa.”

Bagaimanapun aktres berusia 43 tahun berkenaan mahupun pihak syarikat terbabit enggan mendedahkan jumlah yang dibayar serta syarat kontrak yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Kami memperuntukkan sejumlah perbelanjaan bagi pemasaran dan promosi,” kata Awastu, sambil menambah bahawa kehadiran Madhuri Dixit sebagai duta syarikat terbabit diharapkan bakal meningkatkan lagi jualannya secara global.

Bush Foods mengeksport beras basmati mereka ke 28 negara seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Singapura dan New Zealand selain Eropah dan juga Asia Barat.

Awasty berkata syarikat berkenaan menyasarkan pulangan sebanyak Rs770 juta (RM51.7 juta) bagi tahun ini. – Agensi

No comments

Powered by Blogger.